Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

16 August, 2011

RM375,421 pampasan dibayar kepada penduduk Jalan Bakong, Empelanjau dan Jongkong


Caption: TERIMA KASIH…Mong (kanan) menerima cenderamata daripada Tr Kupon (kiri) sambil disaksikan oleh Masir (dua kanan) dan Razali (tiga kiri) ketika berlangsungnya majlis itu.


LINGGA, Selasa (16 Ogos) – Sejumlah 154 pemilik tanah dari kawasan Jalan Bakong, Empelanjau dan Jongkong, Lingga menerima cek pampasan yang mencatatkan nilai keseluruhan berjumlah RM375, 421.70 bagi tujuan naik taraf jalan di kawasan mereka sekarang.

Kesemua cek pampasan terbabit telah disampaikan oleh Menteri Muda Pertanian (Penyelidikan dan Penyelerasan), Mong Dagang kepada penerimanya menerusi majlis yang berlangsung di Rumah Kupon, Sunga / Bakong, Lingga hari ini.

Mong ketika berucap pada majlis itu berkata pampasan terbabit bertujuan untuk memberi jalan kepada projek naik Jalan Bakong, Empelanjau dan Jongkong yang mencakupi jarak sepanjang 7.6 kilometer.

“Projek naik taraf jalan sepanjang 7.6 kilometer yang mengambil masa selama enam bulan untuk siap sepenuhnya itu telah pun mula dibina pada bulan April tahun lepas,” katanya.

Mong selaku Ahli Undangan Dewan Negeri (ADUN) Bukit Begunan menasihatkan penduduk kaum Iban di kawasan luar bandar agar menyelesaikan pertikaian hal tanah masing-masing tanpa membawanya ke peringkat perbicaraan mahkamah.

Jika pertikaian terbabit diteruskan kata beliau, pemilik tanah harus menerima segala keputusan yang telah diumumkan menerusi proses perbicaraan mahkamah atau ketua kaum tanpa memohon kembali kes mereka untuk dibicarakan semula selepas itu.

“Kes terbabit tidak akan mempunyai kesudahan jika pemiliknya enggan menerima hasil keputusan mahkamah. Justeru adalah lebih baik diselesaikan sesama sendiri terlebih dahulu sebelum ia dibawa ke peringkat atasan,” katanya.

Hadir sama pada Majlis Penyampaian Cek Pampasan Tanah bagi Projek Naik Taraf Jalan Bakong/Empelanjau/Jongkong itu ialah Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat dan Penguasa Jabatan Tanah Dan Survei Sri Aman iaitu Mohamad Razali Arshad.

Mong pada majlis itu menyampaikan cek Peruntukkan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) kepada JKKK Rumah Kupon bernilai RM8,000, biro wanitanya RM4,000, PIBG SK Bakong (RM10,000), Biro Wanita Rumah Augustine Bunto (RM3,000), Biro Wanita Rumah Lancaster King (RM2,000), Biro Wanita Rumah Puntang (RM2,000) Biro Wanita James Batang (RM3,000), JKKK Rumah Reba, Jongkong (RM3,000), JKKK Rumah Empaling, Jongkong (RM3,000) dan RELA Bakong (RM3,000).

Manakala Masir menerusi majlis itu pula mengumumkan peruntukkan MRP sebanyak RM5,000 kepada JKKK Rumah Kupon, Sunga / Bakong dan RM2,000 untuk biro wanita rumah panjang tersebut.

Tamat…

No comments:

Post a Comment