Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

19 August, 2011

RM34 juta untuk bina jalan batu di Ulu Skrang - Nyalau


Mugshot: WILLIAM NYALAU BADAK


ENGKILILI, Jumaat (19 Ogos) – Taraf hidup penduduk dari 26 buah rumah panjang dari kawasan Ulu Skrang, Engkilili dijangka akan meningkat selepas ini dengan adanya kerja pembinaan jalan berbatu sepanjang 50 kilometer di situ dalam masa terdekat kelak.

Projek pembinaan jalan berbatu ini akan mula ditender bulan depan demikian menurut beliau ketika berucap merasmikan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Jelani, Darai, Ulu Skrang, Engkilili kelmarin.

“Projek pembinaan jalan berbatu yang menelan kos berjumlah RM34.8 juta ini akan menghubungkan penduduk dari kawasan Murat hingga ke Panchor di Ulu Skrang, Engkilili.

“Sebaik sahaja ia ditender pada bulan depan maka projek pembinaan jalan berbatu terbabit bakal menguntungkan penduduk dan juga tiga buah sekolah rendah serta klinik dalam kawasan berkenaan,” katanya.

Nyalau juga yakin bahawa projek pembinaan jalan berbatu berkenaan bakal mempertingkatkan taraf sosioekonomi tiga ribu orang penduduk dari sekitar kawasan terbabit.

Justeru beliau berharap agar penduduk di kawasan Ulu Skrang memberi kerjasama sepenuhnya terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) selepas ini demi menjayakan perlaksanakan projek berkenaan.

Hadir sama pada majlis berkenaan ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr Johnnical Rayon Ngipa, Pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas Parlimen Lubok Antu, Jeffery Baja anak Ricky Maba dan ketua kaum di sini.

Nyalau menerusi majlis berkenaan telah mengumumkan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar bernilai RM15,000 kepada JKKK Rumah Jenali dan RM5,000 kepada biro wanita rumah panjang berkenaan.

Manakala Rayong pada majlis yang sama juga turut mengumumkan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar bernilai RM10,000 kepada JKKK dan RM5,000 kepada biro wanita rumah panjang terbabit.

Tamat.

No comments:

Post a Comment