Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

14 August, 2011

Prosboc Sarawak jayakan Program Jom Sungkei sahur 2011


Caption: MERIAH...Ahli Prosboc Sarawak sedang berbuka puasa ketika berlangsungnya program terbabit baru-baru ini.


SRI AMAN, Jumaat (12 Ogos) – Seramai 20 orang ahli Kelab Pemilik Proton Saga BML atau Prosboc Zon Sarawak telah menjayakan Program Sungkei Sahur 2011 di beberapa buah lokasi dalam negeri ini.

Dengan menggunakan tema pakaian Baju Melayu / Kurung Tahun Lepas, Prosboc Sarawak telah pun memulakan Program Sungkei Sahur 2011 ini dari kawasan Kuching sebelum singgah untuk bersahur di Sri Aman.

“Kesemua ahli Prosboc Sarawak telah dibawa berkonvoi di Bandar Sri Aman sebelum kesemua kami bergerak ke Bintangor, Sarikei dan ke Bandar Sibu untuk bersahur di rumah salah seorang ahli pada hari pertama program ini, “ kata Ketua Prosboc Zon Sarawak, Mohd Nizam Zanuddin.

Rombongan terbabit katanya dibawa oleh ahli Prosboc Sibu merangkap Jawatabkuasa Kerja Program Sungke Sahur iaitu Noorfazly untuk berkonvoi mengelilingi Bandar Sibu sebelum menghadiri Program TT Sahur di Esplaned, Sibu bagi mengakhiri hari pertama perlaksanaan program itu.


Pada hari kedua pula para ahli kata Nizam telah dibawa bersiar ke pusat membeli belah dalam Program Jelajah Santai Bandar Sibu sebelum berkunjung ke dua lokasi Bazaar Ramadhan di situ bagi membeli juadah berbuka puasa yang dikelolakan oleh Setiausaha Prosboc Sarawak iaitu Noor Aina Reduan.


”Program juga turut diserikan lagi dengan sesi suai kenal menerusi prohgram TT di Esplaned, Sibu pada waktu petang demi mengeratkan lagi hubungan di antara para ahli dalam mencapat penubuhan kelab.

“Ia kemudiannya diakhiri dengan majlis berbuka puasa di Islamic Nyonya Cafe, Sibu dengan kesemua ahli menikmati hidangan secara buffet demi memeriahkan sambutan bulan Ramadhan pada tahun ini,” katanya.

Justeru Nizam mempelawa lebih ramai pemilik kereta Proton Saga BLM, SE, FL dan FLX untuk menyertai Program Persahabatan Erat Komuniti Saga(Prosboc) Malaysia selepas ini.


”Mereka boleh menghubungi saya sendiri di talian 019- 3978187 atau terus menghubungi Presiden Prosboc Malaysia, Yusnizam Arbain menerusi talian 017-6913532 bagi tujuan itu.



“Mereka juga boleh melawat laman sesawang Prosboc menerusi alamat www.prosboc.com atau www.protonsagablm.com.my. Semoga kita berjumpa kembali di Majlis Megaraya September yang akan berlangsung di Sri Aman selepas ini,” katanya.

Tamat.

1 comment: