Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

14 August, 2011

PPD Betong anjur Majlis Berbuka Puasa 2011


Caption: PENGHARGAAN... Samsudin (kiri) menyampaikan cenderamata kepada Graman (kanan) sambil disaksikan oleh Tullie ketika berlangsungnya majlis itu.

Saleman Senin

BETONG, Jumaat (12 Ogos) - Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Betong telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa dan Majlis Jasamu Dikenang bertempat di dewan terbuka pejabat terbabit kelmarin.

Pegawai Pelajaran Daerah Betong, Samsudin Drahman ketika berucap merasmikan majlis tersebut melahirkan rasa bersyukur di atas kerjasama dan semangat berpasukan yang ditunjukkan oleh semua kakitangan pejabat itu.

“Konsep Satu Malaysia merupakan semangat kerjasama yang telah lama diamalkan di pejabat ini. Dengan adanya kakitangan berbilang kaum yang berkhidmat di PPD Betong maka setiap perayaan akan turut diraikan secara bersama selepas ini,” katanya.

Samsudin turut menambah bahawa setiap insan berpeluang untuk maju dengan tidak mempersia-siakan peluang yang telah diberikan kepada mereka sebagai satu langkah untuk kita terus berada di hadapan.

Terdahulu, majlis berbuka puasa merupakan acara tahunan pejabat berkenaan. Ianya merupakan acara yang telah dirancang dan diselit dalam takwim jabatan yang turut diraikan bersama kakitangan dijabatan tersebut sempena bulan Ramadan pada setiap tahun.

Majlis Jasamu dikenang pula bagi meraikan pertukaran tempat bertugas Penolong Penyelia Unit Pengurusan Sekolah PPD Betong iaitu Graman Ringgi yang akan berpindah ke Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak.

Graman yang telah berkhidmat selama tujuh tahun di PPD Betong adalah merupakan seorang yang berpengalaman luas dalam pengurusan di unit tersebut disamping menyumbang jasa dalam membangunkan pejabat berkenaan sebelum itu.

Turut diraikan ialah pelajar tahun akhir Universiti Malaya iaitu Patricia David yang telah menamatkan latihan di pejabat berkenaan setelah dua bulan menjalani latihan di situ sambil menunjukkan prestasi cemerlang ketika latihan dan turut banyak membantu menjayakan aktiviti pejabat.

Selain itu, majlis juga turut meraikan Pembantu Tadbir Unit Penilaian dan Peperiksaan di Pejabat iaitu Zainab Senawi yang telah melangsungkan perkahwinan pada bulan Julai lepas.

Majlis itu telah dihadiri seramai 100 orang kakitangan pejabat berkenaan dan jemputan khas. Turut hadir Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Betong iaitu Vevien Mujah.

Tamat.

No comments:

Post a Comment