Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

05 August, 2011

Power Music Extravaganza di Wap Sri Aman malam ini (Sabtu)


Caption: BAKAL MENGEGAR!!! Maxwell bakal hadir menemui peminat ketika berlangsungnya Power Music Extravaganza kelak.


SRI AMAN, Jumaat (5 Ogos) – Sports Toto Malaysia Sendirian Berhad akan menganjurkan Power Music Extravaganza bertempat di Taman Tebingan Sungai Batang Lupar, Sri Aman pada malam ini (Sabtu, 6 Ogos).

Kenyataan media hari ini memberitahu Power Music Extravaganza yang bermula pada jam 7.30 malam itu bakal menampilkan beberapa orang artis rakaman popular di Sarawak.

“Power Music Extravaganza musim kedua ini bakal menampilkan beberapa orang artis rakaman popular antaranya ialah Maxwell Franklin Saran, Ivy, Miss ET dan kumpulan Spitfire.

“Pihak kita yakin Power Music Extravaganza akan berlangsung meriah dengan adanya kehadiran kumpulan dan artis rakaman terbabit pada malam ini,” menurut Pegawai Pemasaran Kawasan Kuching, Ong Sze Tek menerusi siaran media itu.

Justeru orang ramai katanya digalak untuk datang beramai-ramai ke Taman Tebingan Sungai Batang Lupar, Sri Aman bagi sama-sama menyaksikan penampilan artis kesayangan mereka selepas ini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment