Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

10 August, 2011

Persatuan Ibu Kampung Tengah Sri Aman sumbang wang kepada Tabung Baitulmaal


Caption: TERIMA KASIH...Shamsul (kanan) ketika menerima sumbangan wang daripada wakil Persatuan Ibu Kampung Tengah, Sri Aman (kiri) baru-baru ini.


SRI AMAN, Selasa (11 Ogos) – Persatuan Ibu Kampung Tengah, Sri Aman telah memuliakan lagi suasana sambutan Bulan Ramadhan Al – Mubarak apabila menyumbang wang derma kepada Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) cawangan Sri Aman baru-baru ini.

Sumbangan wang berkenaan telah disampaikan oleh empat orang wakil persatuan berkenaan kepada Pengurus TBS cawangan Sri Aman, Shamsul Bahri Manap menerusi majlis yang berlangsung di pejabat terbabit.

Shamsul ketika berucap ringkas pada majlis berkenaan telah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Persatuan Ibu Kampung Tengah Sri Aman kerana prihatin terhadap insan yang memerlukan dalam daerah ini.

“Semua persatuan harus menjadikan Persatuan Ibu Kampung Tengah, Sri Aman sebagai contoh untuk mengamalkan sikap tolong-menolong terhadap insan yang memerlukan selepas ini.

“Sumbangan mereka dalam hal ehwal kebajikan rakyat dalam kawasan Sri Aman perlu menyedarkan semua pihak bahawa orang kurang berkemampuan juga memerlukan perhatian daripada komuniti normal dari masa ke semasa,” katanya.

Beliau juga turut menambah bahawa sumbangan besar itu sudah semestinya amat berguna untuk kebajikan komuniti Islam yanag amat memerlukan pada masa akan datang.

“Justeru pihak TBS cawangan Sri Aman amat menghargai segala sumbangan yang telah diberikan oleh individu atau organisasi demi memelihara golongan rakyat yang amat memerlukan dari masa ke semasa,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment