Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

10 August, 2011

Peniaga dan pengunjung Bazaar Ramadhan Simunjan merungut


Caption: SIBUK...Iswandi sedang memanggang daging ayam untuk dijual kepada para pengunjung ketika berlangsung aktiviti Bazaar Ramadhan di Simunjan.


SIMUNJAN, Selasa (9 Ogos) – Para peniaga di Bazaar Ramadhan, Majlis Daerah Simunjan (MDS) meluahkan rasa kurang puashati berhubung tindakan pihak majlis yang jarang turun padang untuk memantau aktiviti niaga di situ lebih dari seminggu lepas.

Mereka merungut kerana tapak jualan yang disediakan oleh pihak MDS bagi tujuan itu tidak teratur mengikut jenis juadah yang dijual oleh para peniaga di Bazaar Ramadhan berkenaan.

Menurut mereka, pihak MDS seharusnya menentukan satu tapak khas bagi setiap jenis juadah yang dijual di Bazaar Ramadhan seperti kuih-muih, lauk-pauk dan ikan / ayam panggang.

Seorang peniaga ayam panggang yang ditemui, Iswandi Haji Poli, 36, mengadu bahawa pihak MDS sepatutnya memantau agar kerja memanggang ayam tidak dijalankan secara sesuka hati.

Menurut beliau satu tempat khas sepatutnya diberikan kepada para pemanggang ayam berkenaan agar kerja mereka tidak menganggu para peniaga yang lain di Bazaar Ramadhan tersebut.

Seorang lagi peniaga, Jambiar Ibrahim, 38, memberitahu tapak yang disediakan bagi tujuan itu nyata tidak mencukupi sehingga memaksa beliau untuk mendirikan khemah di luar kawasan yang dikhaskan dengan bayaran sewa sebanyak RM15.

Beliau yang juga berniaga ayam panggang berharap agar perkara seperti ini tidak akan berlaku lagi pada aktiviti Bazaar Ramadhan Simunjan di tahun akan datang.

Sementara itu, seorang pengunjung, Mohd Ewan Saini, 28, melahirkan rasa kurang selesanya memandangkan asap panggang yang terhasil daripada daging ikan dan ayam telah memenuhi kawasan ruang bazaar berkenaan.

“Ia disebabkan oleh kedudukan memanggang daging ayam dan ikan yang cukup berselerak di Bazaar Ramadhan terbabit sehingga menyebabkan asap datang dari segenap arah,” katanya.

Terdahulu Bazar Ramadan MDS yang beroperasi semenjak 1 Ogos lepas telah menyediakan sejumlah 32 buah tapak niaga dibawah lapan buah khemah pasang siap di Padang Sentral, Simunjan.

Tamat.

No comments:

Post a Comment