Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

14 August, 2011

Pengarah JKM Sarawak 'sport check' JKM Betong




Caption:

1. TERIMA KASIH...Emilda (kanan) menyampaikan cenderamata kepada Noriah (kiri) ketika berlangsungnya sesi lawatan tersebut.

2. UNTUK ALBUM...Noriah (duduk tengah) merakamkan gambar kenangan bersama kakitangan JKM Betong ketika berlangsungnya sesi lawatan terbabit.


BETONG, Khamis (11 Ogos) – Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Sarawak iaitu Noriah binti Haji Ahmad bersama rombongannya telah mengadakan lawatan mengejut ke Pejabat JKM Bahagian Betong baru-baru ini.

Jurucakap JKM Bahagian Betong memberitahu lawatan tersebut bertujuan untuk mengenali dan bertemu secara lebih dekat bersama semua kakitangan Jabatan JKM di setiap bahagian dan daerah dalam negeri ini.

“Menerusi sesi lawatan mengejut ini, Noriah telah berkesempatan untuk beramah mesra dengan kakitangan JKM Bahagian Betong disamping mengetahui lebih lanjut tentang pengurusan kerja di jabatan terbabit,” katanya.


Dalam sesi tersebut, Penolong Pengarah Bahagian JKM Bahagian Betong iaitu Emilda Piar sempat menyampaikan taklimat mengenai JKMB Betong kepada Noriah sebelum sesi itu diteruskan lagi dengan mesyuarat serta perbincangan bersama beliau.


Sebaik sahaja selesai perbincangan terbabit pihak JKM Bahagian Betong berkesempatan menyampaikan cenderamata kepada Noriah sebagai tanda penghargaan dan kenangan untuk rombongan terbabit.

Terdahulu Noriah bersama rombongan berkesempatan untuk menghadiri Program Ziarah Ibu Tunggal bersama keluarga Haslinda Jawawe yang menetap di rumah kosong kawasan Jirat Cina, berdekatan Taman Siang, Sri Aman.

Sebaik sahaja selesai melawat dan menyampaikan sumbangan kepada keluarga miskin berkenaan, Noriah dan rombongannya berangkat ke Betong untuk melakukan lawatan mengejut di jabatan berkenaan.

Tamat.

No comments:

Post a Comment