Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

21 August, 2011

Penduduk Lubok Antu perlu terus sokong BN untuk maju - Rayong


Caption: TERIMA KASIH...Rayong (tengah) menerima bendera Jalur Gemilang daripada Tr Jelani sambil disaksikan oleh Nyalau (kiri) dan Jeoffery (kanan) pada majlis itu.


ENGKILILI, Sabtu (20 Ogos) – Penduduk dalam kawasan Parlimen Lubok Antu yang pernah menjadi penyokong puak anti Barisan Nasional (BN) sebelum ini dinasihat untuk kembali ke pangkal jalan menjelang pilihan raya akan datang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr Johnnical Rayong Ngipa berkata sokongan kembali penduduk terhadap BN akan membolehkan calon parti kerajaan meraih undi majoriti yang besar pada pilihan raya parlimen.

“Penduduk di Parlimen Lubok Antu perlu memperkukuhkan sokongan mereka terhadap BN lebih-lebih lagi jika wakil rakyat sedia ada sekarang iaitu William Nyalau Badak dipilih semula untuk menjadi calon BN di kerusi parlimen ini pada pilihan raya kelak.

“Justeru saya menyeru penduduk dalam kawasan Parlimen Lubok Antu memberi sokongan padu terhadap beliau (Nyalau) dan berhenti menjadi penyokong puak anti kerajaan selepas ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap Majlis Pemimpin Bersama Rakyat anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Parlimen P.203 Lubok Antu di Rumah Jelani, Darai, Ulu Skrang, Engkilili baru-baru ini.

Selain itu kemenangan besar BN di Parlimen Lubok Antu katanya akan membolehkan kerajaan melaksanakan pelbagai projek pembangunan demi memajukan taraf hidup penduduk di situ pada masa akan datang.

Terdahulu, majlis yang dirasmikan oleh Ahli Parlimen Lubok Antu iaitu William Nyalau Badak itu turut dihadiri oleh Pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas Parlimen Lubok Antu, Jeffery Baja anak Ricky Maba dan ketua kaum di sini.

Rayong menerusi majlis berkenaan telah mengumumkan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar bernilai RM10,000 kepada JKKK Rumah Jelani dan RM5,000 kepada biro wanita rumah panjang terbabit.

Manakala Nyalau pula telah mengumumkan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar bernilai RM15,000 kepada JKKK Rumah Jenali dan RM5,000 kepada biro wanita rumah panjang berkenaan.

Tamat.

No comments:

Post a Comment