Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

10 August, 2011

Penduduk Kampung Tanjung Engkabang hasilkan 250 paket bubur Lambok


Caption: TERIMALAH...Mazaman (kanan) menyampaikan paket Bubur Lambok kepada penerima (tengah) sambil disaksikan oleh Mohd Salleh (kiri) pada majlis itu.


SRI AMAN, Selasa (9 Ogos) – Penduduk Kampung Tanjung Engkabang di bawah pimpinan ketuanya iaitu Haji Abang Mazaman Abang Kawi telah melaksanakan aktiviti gotong-royong menghasilkan sejumlah 250 paket Bubur Lambok baru-baru ini.

Aktiviti berkenaan telah membabitkan kerjasama antara Kawasan Rukun Tetangga (KRT), Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Perkumpulan Persekutuan Wanita Sarawak (PPWS) di kampung terbabit.

Jurucakap penganjur ketika ditemui memberitahu aktiviti menghasilkan Bubur Lambok terbabit diadakan demi memeriahkan suasana sambutan Bulan Ramadhan Al – Mubarak pada tahun ini.

Menerusi aktiviti berkenaan kesemua ahli KRT, JKKK dan PPWS di Kampung Tanjung Engkabang telah menyemai sikap kerjasama yang tinggi bagi memastikan usaha terbabit berjaya.

“Aktiviti menghasilkan Bubur Lambok ini secara tidak langsung juga telah memuliakan suasana sambutan Bulan Ramadhan di Kampung Tanjung Engkabang, Sri Aman pada tahun ini.

“Justeru pihak kami berharap agar aktiviti menghasilkan Bubur Lambok ini akan dapat diadakan semula di Kampung Tanjung Engkabang pada sambutan Bulan Ramadhan tahun hadapan,” katanya.

Terdahulu aktiviti gotong-royong menghasilkan Bubur Lambok terbabit telah bermula pada jam 9.30 pagi sebelum ia mula diagihkan kepada penduduk Kampung Tanjung Engkabang dan para jemputan pada jam 5.30 petang.

Majlis pengagihan Bubur Lambok kepada penduduk ini telah dirasmikan oleh Penghulu Haji Abang Mohd Salleh Haji Abang Kawi sambil disaksikan oleh Penolong Pegawai Perpaduan Negeri Dan Integrasi Nasional Bahagian Sri Aman iaitu Siti Rohani.

Tamat.

No comments:

Post a Comment