Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

14 August, 2011

Penduduk Kampung Melayu Engkilili harus bersatu padu majukan kampung


Caption: UNTUK RAKYAT...Nyalau (tengah) bersama Rayong (dua kiri) ketika bergambar kenangan di hadapan mesin pemproses getah pada majlis itu.


ENGKILILI, Khamis (11 Ogos) – Penduduk Kampung Melayu, Engkilili harus bersatu-padu mulai sekarang demi merancakkan lagi proses pembangunan di kawasan mereka selepas ini kata Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau Badak.

Katanya perpaduan dikalangan penduduk Kampung Melayu akan memudahkan kerajaan Barisan Nasional (BN) merancang serta melaksanakan projek pembangunan yang berkaitan dengan kemajuan hidup mereka.

“Kerajaan boleh melaksanakan projek pembangunan infrastruktur dan pertanian demi mempertingkatkan taraf hidup penduduk dalam kawasan Engkilili khasnya di Kampung Melayu berkenaan.

“Justeru saya berharap agar hubungan perpaduan yang kukuh dikalangan penduduk Kampung Melayu, Engkilili dapat dikekalkan demi kebaikan pembangunan dalam kawasan mereka pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penyerahan Cek Bantuan Khas Kerajaan Barisan Nasional di perkarangan Kampung Melayu, Engkilili baru-baru ini.

Selain itu Nyalau juga berharap agar penduduk di kawasan Engkilili termasuk penduduk Kampung Melayu menghargai sumbangan yang telah dilakukan oleh kerajaan BN dalam memajukan hidup mereka selepas ini.

Penduduk kawasan Engkilili boleh menyatakan penghargaan masing-masing terhadap sumbangan kerajaan dengan memastikan BN terus menjadi ‘payung’ pembangunan mereka dari masa ke semasa.

Terdahulu Nyalau bersama ADUN Engkilili, Dr Johnnical Rayong Ngipa menerusi majlis berkenaan telah menyerahkan cek bantuan khas yang mencatatkan nilai keseluruhan berjumlah RM21,500 kepada 43 buah keluarga dari kampung berkenaan dan juga tiga buah mesin pemproses getah untuk kegunaan mereka.

Tamat.

No comments:

Post a Comment