Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

16 August, 2011

Pejabat Residen Sri Aman sedia bantu Persatuan Bekas Tentera Malaysia laksana aktiviti


Mugshot : JOHNATHAN LUGOH


SRI AMAN, Isnin (15 Ogos) – Pejabat Residen Bahagian Sri Aman menyatakan kesediaannya untuk membantu Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) cawangan Sri Aman untuk melaksanakan pelbagai aktiviti selepas ini.

Residen Bahagian Sri Aman, Johnathan Lugoh berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Sumbangan Perayaan Yayasan Veteran ATM dan Pelancaran Tabung Kutipan Derma Hari Pahlawan 2011 di Pejabat Residen Sri Aman hari ini.

Pejabat Residen Sri Aman katanya akan membantu PBTM dari segi penyediaan lokasi penganjuran aktiviti, bahan dan sokongan moral terhadap pihak terbabit bagi tujuan penganjuran aktiviti mereka.

“Ia merupakan salah satu usaha pihak kerajaan untuk membantu membalas kembali jasa anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam berjuang mempertahankan keselamatan negara selama ini,” katanya.

Selain itu Johnathan juga menasihatkan PBTM cawangan Sri Aman untuk sentiasa aktif dalam melaksanakan aktiviti sosial khasnya dalam menaikkan lagi imej bekas anggota keselamatan selepas ini.

Beliau juga menyeru semua lapisan rakyat di kawasan Sri Aman untuk sama-sama menjayakan kempen Tabung Kutipan Derma sempena sambutan Hari Pahlawanan yang sedang dilancarkan sekarang.

“Sri Aman juga terkenal dengan barisan veteran ATM yang pernah mencipta nama ketika menentang komunis pada masa dahulu. Justeru atas sebab ini adalah amat wajar bagi rakyat Sri Aman untuk membalas pengorbanan mereka dari masa ke semasa,” katanya.

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran Sarawak, Leftenan Kolonel Monday Juhid, Timbalan Residen Sri Aman, Felicia Tan, Pengerusi Tetap Mesyuarat PBTM Sri Aman, Beliang Bali, Setiausaha PBTM Sri Aman, Roland Demong Radin dan para ahli PBTM Sri Aman yang lain hadir sama dalam majlis itu.

Jabatan Hal Ehwal Veteran Sarawak menerusi majlis itu juga turut menyampaikan Sumbangan Perayaan Yayasan Veteran ATM kepada Ujang, Pengeran Beliang, Tika Awang, Estella Mial dan Koh Amit.

Tamat.

No comments:

Post a Comment