Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

14 August, 2011

Parking sebarang akhirnya membawa padah

SRI AMAN, Jumaat (12 Ogos) – Padah menimpa seorang pemandu kenderaan Perodua Kancil gara-gara disebabkan meletak kenderaan di kawasan yang tidak dibenarkan dalam Bandar Sri Aman ini.

Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 10.30 pagi itu, pemandu kenderaan Perodua Kancil berkenaan telah meletakkan kenderaannya di garis kuning tepi jalan di kawasan Market Terbuka (Open Air) Sri Aman.

Kebetulan seorang pemandu kenderaan pacuan empat roda cuba mengundurkan kenderaannya keluar dari kawasan parkir di Market Terbuka berkenaan sehingga bahagian belakang kereta melanggar bahagian hadapan sebelah kanan Kancil terbabit.

Namun begitu pemilik kenderaan Perodua Kancil berkenaan tidak berang disebabkan oleh kejadian itu memandangkan beliau merasakan dirinya bersalah berhubung kejadian berkenaan.

“Pemilik kenderaan pacuan empat roda itu kemudiannya melanggar bahagian belakang sebuah kenderaan Proton Saga sebelum melanggar sebuah tong sampah milik pihak berkuasa tempatan ketika mengundur kenderaan.

“Orang ramai di kawasan Market Terbuka kemudiannya ketawa melihat gelagat pemandu kenderaan pacuan empat roda berkenaan termasuk pemilik kenderaan Perodua Kancil itu sendiri,” kata seorang saksi di tempat kejadian.

Orang ramai di lokasi kejadian juga turut memuji sikap tenang yang diamalkan oleh pemilik kenderaan Perodua Kancil itu kerana tidak bertindak melulu berhubung kejadian terbabit.

“Pemilik kenderaan Kancil itu kelihatan tentang kerana beliau sedar dirinya telah bersalah kerana meletakkan kenderaan di atas garis kuning tepi jalan berdekatan Market Terbukat.

“Namun yang pasti pemilik Proton Saga pastinya berang apabila pemilik kereta pacuan empat roda melanggar kenderaannya dari arah belakang,” kata saksi yang berada di tempat kejadian itu.

Tamat.

No comments:

Post a Comment