Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

07 August, 2011

Masalah hidup keluarga Haslinda Jawawe terus dibantu oleh JKM Sri Aman







Caption: IKHLAS...Noriah (baju putih, kanan) menyampaikan bantuan kepada Haslinda (kiri) sambil disaksikan Ranimah (lima kanan) pada program itu hari ini.


SRI AMAN, Sabtu (6 Ogos) – Keceriaan jelas terpapar di wajah Haslinda binti Jawawee dan tujuh anaknya apabila Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Sri Aman mengadakan Program Ziarah Ibu Tunggal 2011 di kediaman beliau hari ini.

Haslinda bersama tujuh orang anak berumur antara enam hingga 14 tahun itu tinggal di sebuah rumah kosong atas tanah milik orang lain berdekatan Jirat (perkuburan) Cina, Taman Siang semenjak ditinggalkan oleh suami beberapa tahun lepas.

Semenjak itu beliau bersama anaknya hidup penuh kedaifan dan tinggal di rumah buruk berkenaan sehingga Persatuan Chee Chuan Khor Simanggang turun padang untuk membantu meringankan beban keluarga terbabit.

“Menerusi Program Ziarah Ibu Tunggal 2011 ini Pengarah JKM Sarawak iaitu Noriah Ahmad telah turun padang untuk menemui Haslinda dan anak-anaknya di rumah kayu milik keluarga malang berkenaan.

“Kita juga telah berkesempatan untuk menyampaikan sumbangan berupa barangan keperluan rumah, makanan dan keperluan dapur kepada keluarga terbabit,” kata Penolong Pengarah JKM Bahagian Sri Aman, Sharifah Ranimah Wan Hashim.

Turut diadakan menerusi program itu kata beliau ialah aktiviti gotong-royong membersihkan sekitar kawasan rumah Haslinda oleh unit Briged Kebajikan Perdana dari JKM Sri Aman dengan kerjasama Persatuan Chee Chuan Khor Simanggang.

“Lagipun kebajikan hidup keluarga Haslinda kini terbela apabila pihak JKM Bahagian Sri Aman telah menyalurkan bantuan kanak-kanak bernilai RM450 sebulan dan bantuan persekolahan RM500 setahun untuk keluarga terbabit semenjak kisah mereka disiarkan dalam akhbar Utusan Sarawak pada tahun lepas,” katanya.

Pengerusi Persatuan Chee Chuan Khor Simanggang, Kapitan Kuek Aik Seng turut turun padang untuk sama-sama menjayakan Program Ziarah Ibu Tunggal 2011 bersama Haslinda Jawawee.

Utusan Sarawak turut difahamkan bahawa pihak Pejabat Daerah Sri Aman kini sedang mencari kawasan tapak tanah baru bagi membina kediaman untuk lapan orang beranak terbabit.

Tamat.

No comments:

Post a Comment