Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

22 August, 2011

Mahu maju cepat mesti kerjasama dengan BN - Rayong


Caption: MESRA...Rayong (tengah) dan Nyalau (kiri) ketika bersama Tr Aweng (kanan) dan ketua kaum yang lain sebelum berlangsungnya majlis itu.


ENGKILILI, Ahad (21 Ogos) – Rakyat dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Engkilili harus sentiasa bekerjasama dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) demi memajukan lagi kawasan mereka.

Wakil rakyatnya, Dr Johnnical Rayong Ngipa berkata kerjasama erat antara rakyat dengan kerajaan akan membolehkan usaha pembangunan dilaksana dengan lebih pantas selepas itu.

“Rakyat akan rugi sekiranya mereka tidak mahu menjalin kerjasama dengan kerajaan BN. Mereka perlu sedar bahawa kerajaan BN serius mahu memajukan taraf hidup mereka dari masa ke semasa.

“Justeru saya meminta rakyat dalam kawasna Engkilili projek pertanian moden, kemudahan infrastruktur, pendidikan dan kemudahan asas di sini bergantung sepenuhnya kepada tahap kerjasama rakyat terhadap kerajaan pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat yang berlangsung Rumah Aweng, Merindun, dalam daerah kecil Engkilili, Sri Aman baru-baru ini.

Selain itu Rayong juga menasihatkan anak-anak Iban di kawasan pedalaman untuk menyediakan diri dengan ilmu pendidikan yang secukupnya sebagai modal untuk menghadapi zaman akan datang.

“Anak-anak kita pada masa sekarang memerlukan kekuatan intelektual dan mental yang tinggi bagi menghadapi saingan era globlisasi yang penuh mencabar seiring dengan keperluan dan kehendak semasa,” katanya.

Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Aweng itu telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau Badak sambil disaksikan oleh para ketua kaum di sini.

Tamat...

No comments:

Post a Comment