Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

17 August, 2011

Kerajaan membela kebajikan rakyat tanpa mengira waktu - Masir


Caption: MANFAATKAN.. Masir (tengah) sedang menyerahkan cek bantuan masjid dan surau kepada wakil penerima (kiri sekali) sambil disaksikan oleh (dari kanan sekali) Sharifah, Joni dan Simoi pada majlis itu.


SRI AMAN, Rabu (17 Ogos) – Kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa mengutamakan kebajikan setiap penduduk dalam negara ini khasnya di Sarawak tanpa mengenal latar belakang kaum dan agama.

Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penyampaian Sumbangan Perayaan Hari Raya Aidilfitri 1432 H / 2011 bertempat di Dewan Suarah Sri Aman petang kelmarin.


Katanya nama BN itu sendiri telah melambangkan bahawa kerajaan ini adalah untuk semua kaum dan tidak ada sebab bagi kerajaan untuk mengamalkan dasar ‘pilih bulu’ bagi membantu kebajikan hidup penduduk dalam negeri ini.


“Dengan kata lain kerajaan BN tidak pernah mengambilkira kepentingan politik jika hendak membantu penduduk terutama sekali tanpa mengira waktu musim perayaan, bencana alam dan sebagainya,” menurut beliau.


Justeru Masir mahu penduduk sedar bahawa peranan kerajaan terhadap peningkatan kebajikan hidup mereka selama ini dapat membuktikan bahawa tuduhan pihak pembangkang terhadap mereka adalah tidak berasas sama sekali.

Hadir sama ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Hajah Simoi Haji Peri, wakil Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak, Joni Norudin, Penolong Pengarah JKM Bahagian Sri Aman, Sharifah Ranimah Wan Hashim, para pegawai kerajaan dan ketua kaum di sini.

Masir dan Simoi menerusi majlis itu telah menyampaikan sumbangan wang yang mencatatkan nilai keseluruhan berjumlah RM9,550 dan hamper makanan kepada 191 orang penerima bantuan dari Sri Aman, Lubok Antu, Engkilili, Pantu dan Lingga.

Masir juga turut menyampaikan cek bantuan masjid dan surau kepada wakil penerima di Sri Aman dengan Simoi menyempurnakan upacara penyerahan kerusi roda kepada Kayot binti Amin, Roziah Abu Talip, Norliza Jeman dan Bidi Bujang pada majlis itu.

Majlis turut dimeriahkan lagi apabila Masir dan Simoi serta tetamu jemputan khas yang lain sama-sama menyempurnakan majlis berbuka puasa di Dewan Suarah Sri Aman pada jam 6.51 petang kelmarin.

Tamat.

No comments:

Post a Comment