Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

14 August, 2011

Kemudahan sukan lenggang masa bulan puasa


Caption: LENGGANG...Gelanggang tenis di Sri Aman menjadi sunyi tanpa kehadiran penduduk muslim ketika berlangsung sambutan bulan puasa tahun ini.


SRI AMAN, Jumaat (12 Ogos) – Acapkali berlangsungnya sambutan Bulan Ramadhan di negeri ini, semua penduduk akan tahu bahawa kebanyakkan restoran dan gerai makanan muslim ditutup waktu pagi dalam tempoh sebulan berlangsungnya bulan puasa terbabit.

Ini bertujuan untuk menghormati sambutan Bulan Ramadhan yang mengamalkan ibadah puasa bermula dari waktu subuh pagi hingga ke waktu malam dalam tempoh sebulan berlangsungnya bulan mulia berkenaan.

Namun begitu pengurangan aktiviti perniagaan menjual makanan dikalangan peniaga muslim bukan sahaja dianggap sebagai senario biasa di negeri ini memandangkan gelanggang sukan juga akan menjadi sunyi tanpa kehadiran penduduk muslim.

Tinjauan rambang Utusan Sarawak mendapati bahawa kebanyakkan gelanggang sukan di Sri Aman menjadi sunyi semenjak bermulanya sambutan Bulan Ramadhan Al – Mubarak pada 1 Ogos lepas.

Kesunyian berhubung sambutan Bulan Ramadhan ini jelas ‘melanda’ beberapa buah gelanggang tenis, padang bola sepak dan padang futsal yang terdapat di dalam kawasan Bandar Sri Aman.

“Kita sudah tahu orang itu bukan beragama Islam jika mereka bersukan di kawasan tersebut,” kata seorang penduduk iaitu Levinson Nading ketika bermain tenis di Gelanggang Tenis, KPSU Lama, Sri Aman petang kelmarin.

Katanya aktiviti bersukan dalam Bandar Sri Aman jelas merosot disebabkan oleh faktor keletihan yang dialami oleh penduduk muslim ketika mengamalkan ibadah puasa pada bulan ini.

Beliau menambah bahawa sambutan Bulan Ramadhan secara tidak langsung membolehkan penduduk bukan Islam memanfaatkan sepenuhnya kemudahan sukan di bandar ini.

“Dulu kita terpaksa menunggu giliran untuk bermain. Namun disebabkan oleh sambutan Bulan Ramadhan, kita buat sementara waktu tidak perlu berebut untuk menggunakan kemudahan sukan di sini,” katanya.

Nading juga mengakui bahawa sambutan Bulan Ramadhan menyebabkan beliau rindu untuk bersukan bersama rakan-rakan muslin dalam tempoh sebulan ini memandangkan aktiviti sukan di Sri Aman tidak rancak tanpa kehadiran mereka.

“Bagaimanapun inilah kelaziman yang biasa berlaku ketika berlangsung sambutan Ramadhan di Sri Aman. Selamat berpuasa saya ucapkan kepada rakan-rakan muslim pada bulan ini,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment