Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

22 August, 2011

Kawasan luar bandar tak terkecuali dari pembangunan - NYalau


Caption: SELAMAT DATANG YB…Ketibaan Nyalau (tengah) disambut oleh para penduduk sebelum bermulanya majlis itu.

LUBOK ANTU, Ahad (21 Ogos) - Gelombang pembangunan yang pesat membangun di negeri ini bukan sahaja turut dinikmati oleh rakyat di kawasan bandar malah turut menular ke luar bandar terutama sekali yang tinggal di kawasan hulu sungai.

Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau Badak berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Gawai ‘Mangkong Tiang’ anjuran JKKK serta Biro Wanita Rumah Nyambong, Serembai, Lubok Antu, kelmarin.

Menurut beliau pembangunan yang banyak dilaksana dalam kawasan hulu sungai adalah hasil dasar sistematik dan kebijaksanaan pemimpin yang dipilih oleh rakyat untuk mentadbir negeri.

“Semenjak Sarawak mencapai kemerdekaan dalam Malaysia banyak kemudahan jalan raya telah dibina oleh kerajaan Barisan Nasional dalam kawasan luar bandar termasuk di kawasan terpencil tepi sungai.

“Ia adalah disebabkan oleh usaha Kerajaan BN yang mentadbir negeri ini demi memastikan semua rakyat hidup dengan senang walaupun tinggal di luar bandar,” katanya.

Justeru beliau berharap agar rakyat luar bandar meneruskan sokongan kuat mereka terhadap Kerajaan BN Sarawak demi memajukan lagi kawasan penempatan masing-masing selepas ini.

Hadir sama ialah Pegawai Penerangan Parlimen JASA P.203 Lubok Antu, Geoffery Baja anak Ricky Maba, Penolong Pegawai Tadbir Daerah Lubok Antu, Edwin anak Mat dan ketua kaum di kawasan Lubok Antu.

Terdahulu Rumah Nyambong, Seremai, dalam daerah Lubok Antu yang dihuni oleh 12 buah keluarga adalah merupakan sebuah rumah panjang yang terletak di kawasan tengah hutan belukar.

Kemajuan hidup mereka bakal dipertingkat dengan adanya projek pembinaan jalan raya Ulu Lemanak – Ulu Engkari bermula dari simpang Lubok Subong yang kini hampir melintasi Rumah Lait, Sekunyit iaitu tiga kilometer dari Rumah Nyambong.

Penghuni Rumah Nyambong masih bergantung kepada jalan raya Mini Empangan Hidro Batang Ai - Balak bermula dari simpang Sekolah Kebangsaan Sbangki, Lubok Antu untuk urusan hidup masing-masing.

Tamat.

No comments:

Post a Comment