Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

08 August, 2011

Kampung Keleka, Simunjan hasilkan Bubur Lambok


Caption: CERIA...Kaum wanita dan jawatankuasa pengurusan Masjid Al – Ansari sedang bergotong-royong menghasilkan Bubur Lambok baru-baru ini.


SIMUNJAN, Isnin (8 Ogos) – Sambutan bulan puasa di Kampung Keleka, Simunjan telah dimeriahkan dengan aktiviti pengagihan Bubur Lambok kepada penduduk dari kampung berdekatan baru-baru ini.

Aktiviti pengagihan Bubur Lambok yang berlangsung bersempena dengan sambutan Bulan Ramadhan Al – Mubarak itu adalah merupakan anjuran Masjid Al – Ansari Kampung Keleka, Simunjan.

Setiausaha, Jawatankuasa Pengurusan Masjid Al-Ansari, Wan Madehi bin Wan Ismail ketika ditemui memberitahu pengagihan Bubur Lambok ini adalah merupakan aktiviti tahunan pihak masjid acapkali menjelang sambutan Bulan Ramadhan.

“Kerja pengagihan Bubur Lambok kepada penduduk berdekatan ini akan pihak masjid lakukan pada setiap minggu ketika berlangsungnya sambutan Bulan Ramadhan Al - Mubarak.

“Justeru kami berharap agar aktiviti pengagihan Bubur Lambok kepada penduduk Kampung Keleka dan yang berdekatan akan dapat memeriahkan sambutan Bulan Ramadhan pada tahun ini,” katanya.

Bagi menjayakan aktiviti terbabit, para kaum wanita dan ahli jawatankuasa pengurusan Masjid Al – Ansari telah pun bergotong – royong untuk memasak Bubur Lambok berkenaan sebelum ia diagihkan kepada penduduk pada jam 4 petang.

“Selain aktiviti pengagihan bubur Lambok, Masjid Al-Ansari juga turut menganjurkan kelas bimbingan mengaji Al-quran terbuka kepada kanak-kanak dan orang dewasa yang berminat.

“Kelas bimbingan untuk kanak-kanak dan orang dewasa terbabit telah pun kita adakan demi memuliakan lagi sambutan Bulan Ramadhan Al – Mubarak bagi tahun ini,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment