Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

23 August, 2011

JTS Betong terus sukat tanah NCR di Saratok


Caption: SERIUS...Anthony sedang berbual bersama penduduk ketika berlangsungnya majlis dialog berkenaan.

Abang Hipeni Abang Ashim

SARATOK, Isnin (22 Ogos) – Tanah milik penduduk bagi kawasan pentadbiran Penghulu Ali Bin, Penghulu Isa Geng, Penghulu Garan Chunggut dan Penghulu Amit @ Hamid Salleh dan kesemuanya di Saratok akan mula diukur selepas sambutan Hari Raya ini.

Kerja pengukuran perimeter Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) milik penduduk di situ akan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri menerusi Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Bahagian Betong.

Penguasa JTS Bahagian Betong, Anthony Aboi ketika berlangsungnya majlis dialog di sini baru-baru ini berkata pengukuran Tanah NCR terbabit adalah merupakan usaha berterusan kerajaan dan JTS meskipun tanpa berlangsungnya pilihanraya.

“Adalah menjadi harapan kami agar para Penghulu, Tuai Rumah, Ketua Kampung dan pemilik tanah NCR di sini dapat memberi kerjasama kepada pihak JTS ketika kerja pengukuran perimeter terbabit dilaksanakan kelak.

Penduduk Saratok katanya adalah beruntung memandangkan tanah NCR yang mereka perjuangkan selama ini akhirnya diluluskan oleh pihak kerajaan walaupun ia bermula pada langkah pertama iaitu sukatan perimeter.

Ia kemudiannya kata Anthony akan diwartakan sebgai Rezab Gunasama ( Pertanian ) Bumiputera dibawah Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri sebelum langkah kedua bermula iaitu sukatan secara individu bagi tujuan pengeluaran surat hakmilik tanah dibawah Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri.

“Penduduk kawasan Entebu / Selambong / Bajau di Saratok boleh menarik nafas lega apabila kawasan NCR mereka telah pun diwartakan sebgai Rezab Gunasama (Pertanian) Bumiputera dibawah seksyen 6 Kanun Tanah Negeri,” katanya.

Sementara itu Penghulu Garan berkata bahawa penyerahan gazet oleh Menteri Pengurusan Sumber II iaitu Datuk Amar Awang Tengah baru-baru ini adalah bukti jelas bahawa kerajaan sentiasa mengiktiraf Tanah NCR milik penduduk.

Beliau menafikan sekeras-kerasnya dakyah pembangkang yang mengatakan bahawa kerja pengukuran perimeter bertujuan untuk mengagih-agihkan tanah milik mereka kepada syarikat-syarikat tertentu.

“Atas sebab ini saya menyeru kepada semua komuniti Iban di Saratok agar menyokong penuh dasar Inisiatif Baru NCR yang diperkenalkan oleh kerajaan pada tahun lepas,” menurut beliau.

Hadir sama ialah Desmond Reynold Jemen iaitu Setiausaha Sulit kepada Timbalan Menteri Pengangkutan, Jelaing Mersat, Juru Ukur JTS Betong, Kudie Sandak, Pegawai Tanah JTS Betong, David Laeng, para kanselor, penghulu dan 200 orang penduduk.

Tamat.

No comments:

Post a Comment