Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

04 August, 2011

Jonathan Lugoh dilantik jadi Residen Sri Aman yang baru



Caption: SELAMAT BERTUGAS...Rahman (kanan) menyampaikan dokumen serah tugas kepada Jonathan (kiri) sambil disaksikan oleh (dari kanan sekali) Desmond, Jack, Edward, Felecia dan Mazehi pada majlis itu.

SRI AMAN, Khamis (4 Ogos) – Jonathan Lugoh telah mengambilalih jawatan Residen Bahagian Sri Aman daripada Abdul Rahman Sebli Sanusi yang akan berpindah tugas ke Kuching berkuatkuasa mulai hari ini.

Upacara serah tugas jawatan Residen Bahagian Sri Aman antara Jonathan dan Abdul Rahman ini telah berlangsung di Bilik Residen Bahagian Sri Aman pada jam 3 petang hari ini.

Rahman telah memulakan tugasnya sebagai Residen Bahagian Sri Aman berkuatkuasa pada 1 Disember tahun lepas bagi menggantikan Abang Shamsuddin Abang Seruji sebelum beliau dilantik menjadi Residen Bahagian Kuching.

Manakala itu Jonathan pula telah bertugas sebagai Ketua Bahagian Khidmat Pengurusan di ibupejabat Jabatan Tanah Dan Survei, Kuching sebelum dilantik untuk menjadi Residen Bahagian Sri Aman yang baru.

Beliau yang juga berasal dari Klassen, Undop, Batu Lintang, Sri Aman pernah berkhidmat sebagai Timbalan Residen Bahagian Kapit dan Timbalan Residen Bahagian Sibu.

Dengan adanya perlantikkan ini maka Jonathan Lugoh akan memikul tanggungjawab untuk memperhebatkan lagi usaha pembangunan dalam kawasan Bahagian Sri Aman selepas ini.

Hadir sama ialah Timbalan Residen Sri Aman (Sosial), Felicia Tan, Timbalan Residen Sri Aman (Pembangunan) Desmond Douglas Jerukan, Pegawai Daerah Lubok Antu, Jack Aman Luat, Pegawai Tadbir Sarawak kawasan Pantu, Edward Michael Duk dan Pegawai Tadbir Daerah Lingga, Wan Mazehi.

Tamat.

No comments:

Post a Comment