Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

10 August, 2011

Jangan mudah putus asa jika anak gagal sekolah - Nyalau


Caption: SELAMAT DATANG YB...Kakitangan SK Melaban sedang menyemat bunga di dada Nyalau sebaik sahaja tiba bagi merasmikan majlis merarau di sekolah berkenaan.


LUBOK ANTU, Selasa (9 Ogos) - Ibu bapa dinasihat agar tidak mudah cepat berputus- asa sekiranya melihat anak-anak gagal dalam penguasaan akademik peringkat sekolah menengah selepas ini.

Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau Badak berkata anak-anak masih mempunyai banyak peluang untuk meneruskan perjuangan mereka dalam menimba ilmu pengetahuan sebagai persediaan mereka pada masa depan.

“Tidak semestinya anak-anak jika gagal dalam akademik maka dia akan gagal dalam hidup kerana mungkin mereka ini nanti mempunyai bakat dalam bidang kemahiran tangan.

“Justeru ibubapa boleh menghantar anak-anak untuk menuntut di pusat kemahiran yang disediakan oleh kerajaan dalam negeri ini demi kebaikan mereka pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Merarau anjuran Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) SK Melaban di Dewan Datuk Dublin Unting Ingkot, Lubok Antu baru-baru ini.

Nyalau juga turut menambah bahawa anak-anak yang sudah tamat menuntut di pusat kemahiran berpeluang untuk bekerja di Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak atau SCORE selepas itu.

“Lagipun SCORE menawarkan jumlah peluang pekerjaan yang banyak dan gaji lumayan berdasarkan kepada bidang yang diceburi oleh golongan terbabit sekiranya ia siap dilaksana kelak,” katanya.

Nyalau menerusi majlis berkenaan telah mengumumkan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bernilai RM5,000 kepada PIBG SK Melaban.

.

Tamat.....

No comments:

Post a Comment