Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

03 August, 2011

Jangan dengar propaganda negatif mengenai isu tanah - Rayong


Caption: SELAMAT DATANG...Rakyat Rumah Gelayan menyambut ketibaan Rayong (kiri) dan Nyalau (tengah) sebelum berlangsungnya majlis itu.


ENGKILILI, Selasa (2 Ogos) – Rakyat dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dinasihat agat tidak mudah terpengaruh dengan propaganda bersifat hasutan berhubung hasrat kerajaan untuk memajukan tanah mereka selepas ini.

Wakil rakyatnya, Dr Johnnical Rayong anak Ngipa berkata perbuatan segelintir pihak tidak bertanggunjawab terbabit dalam menentang pelaksanaan projek pembangunan negeri oleh pihak kerajaan sememangnya tidak dapat dielakkan.

“Justeru jangan mendengar propaganda seperti itu demi kebaikan dan kemajuan kita semua. Mempercayai propaganda seperti itu hanya akan merugikan masa depan pembangunan kawasan Engkilili,” katanya.

Rayong berkata demikian ketika berucap dalam majlis kesyukuran kemenangan beliau pada pilihan raya Umum DUN Sarawak Ke-10 di Rumah Gelayan Tanjong, Batang Ai Hilir, Engkilili, baru-baru ini.

Beliau menambah bahawa kerajaan sudah pun mempunyai pelbagai pelan untuk membangunkan tanah milik rakyat yang sememangnya akan memberikan keuntungan terhadap hidup rakyat itu sendiri di masa akan datang.

Terdahulu majlis kesyukuran kemenangan Rayong di Rumah Gelayan Tanjong, Batang Ai Hilir, Engkilili ini telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Lubok Antu iaitu William Nyalau Badak.

Rayong menerusi majlis berkenaan telah menyerahkan bantuan kerajaan Barisan Nasional (BN) berupa cek bernilai RM401,500 kepada 803 buah keluarga dari 41 buah rumah panjang dalam kawasan Batang Ai Hilir.

Beliau turut mengumumkan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM10,000 kepada JKKK Gelayang, Tanjong manakala RM5,000 lagi untuk biro wanita rumah panjang berkenaan.

Hadir sama ialah Jurutera Bahagian Pengaliran Dan Saliran (JPS) Sri Aman, Irwandee bin Reduan, Pembantu Luar Kanan JASA N.28 Engkilili, Edwin Ancheh, Pembantu Penerangan Jabatan Penerangan Sri Aman, Denis Tandat dan para ketua kaum dalam kawasan Engkilili.

Tamat.

No comments:

Post a Comment