Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

14 August, 2011

Hindar sifat hasad dengki kata Razi kepada penduduk Islam kawasan Saribas


Caption: TERIMALAH...Razi menyampaikan cek sumbangan kepada seorang penerima sambil disaksikan oleh Shamshul (dua kanan) pada majlis itu.


BETONG, Jumaat (12 Ogos) – Umat Islam khasnya dari kawasan Saribas perlu menghindarkan sifat hasad dengki di antara satu sama yang lain demi mengelak berlakunya perpecahan dikalangan mereka selepas ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas, Ricky Mohd Razi Sitam berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pengagihan Wang Sumbangan Tabung Baitulmaal Sarawak (TBS) Sri Aman yang berlangsung di Masjid Jamek, Betong baru-baru ini.

Katanya sifat hasad dengki perlu dihindar lebih – lebih lagi ketika berlangsung sambutan Bulan Ramadhan Al – Mubarak di negeri ini pada masa sekarang demi mengukuhkan lagi tali persaudaraan di antara mereka.

“Jika umat Islam di kawasan Saribas mengenepikan sifat ini maka nescaya hubungan perpaduan di antara mereka akan dapat diperkukuhkan demi tujuan pembangunan ummah dari masa ke semasa.

“Justeru saya berharap agar tidak wujud sikap adu domba dikalangan penduduk Saribas selepas ini. Pentingnya di sini ialah bekerjasama untuk memberi fokus pembangunan di kawasan kita,” katanya.

Hadir sama ialah Pegawai Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) Bahagian Betong, Ustaz Hazimin Shakir dan Pengurus Cawangan, TBS cawangan Sri Aman iaitu Shamshul Bahri Manap.

Terdahulu sejumlah 44 buah masjid dan 81 buah surau dari seluruh kawasan Bahagian Betong masing-masing telah menerima sumbangan wang bernilai RM1,000 daripada TBS Sri Aman.

Tamat.

No comments:

Post a Comment