Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

03 August, 2011

Hari pertama Program Pendaftaran Biometrik Pekerja Asing Sah di Sri Aman berjalan lancar


Caption: PIAK PIAK...Kujang (berdiri) sedang memastikan kelancaran proses pendaftaran terbabit sambil dibantu oleh dua orang kakitangannya iaitu Nelson Naga dan Alvin Seman di pejabat Ladang Kelapa Sawit SOP Batu Lintang di Bahagian Sri Aman.


SRI AMAN, Selasa (2 Ogos) – Seramai 134 orang pekerja asing sah Warganegara Indonesia telah berjaya didaftarkan dengan pihak Jabatan Imigresen Malaysia Bahagian Sri Aman kelmarin.

Kesemua pekerja asing sah terbabit telah didaftarkan pada hari pertama berlangsungnya Program Pendaftaran Biometrik Pekerja Asing Sah di dua buah lokasi dalam kawasan Sri Aman bermula jam 12 tengahari.

91 pekerja asing sah daripada jumlah keseluruhan berkenaan telah didaftarkan menerusi program yang berlangsung Ladang Kelapa Sawit SOP Pelita, Batu Lintang, Undop, Sri Aman manakala selebihnya iaitu 43 orang di daftarkan di ladang kelapa sawit, Melugu.

“Proses yang bermula pada jam 2.30 petang kelmarin telah dijayakan oleh empat orang pegawai imigresen yang diketuai oleh Kujang Baling bagi kawasan Ladang Kelapa Sawit SOP Batu Lintang,

“Pihak Ladang Kelapa Sawit SOP Batu Lintang nyata memberikan kerjasama yang sangat baik kepada Jabatan Imigresen ketika berlangsungnya proses pendaftaran biometrik berkenaan,” kata jurucakapnya, Nelson Naga Alam.

Terdahulu Jabatan Imigresen Malaysia Bahagian Sri Aman akan mengadakan Program Pendaftaran Biometrik Pekerja Asing Sah bermula kelmarin hingga 14 Ogos (termasuk hari Sabtu dan Ahad) kelak.

Program yang juga digelar 6P iaitu Pendaftaran, Pemutihan, Pengampunan, Pemantauan, Penguatkuasaan, Pengusiran itu akan berpusat di Pejabat Imigresen Bahagian Sri Aman, Jalan Kejatau.

Jurucakap program ketika dihubungi memberitahu Jabatan Imigresen Malaysia Bahagian Sri Aman akan mewujudkan tiga buah kumpulan bagi menjayakan Program Pendaftaran Biometrik Pekerja Asing Sah berkenaan sebelum ia tamat pada 14 Ogos ini.

Usaha ini akan membolehkan syarikat atau individu yang menggaji mana-mana warganegara asing (tidak termasuk pembantu rumah) mendaftarkan pekerja mereka dalam tempoh masa yang disebutkan itu.

Malah bagi syarikat yang menggaji ramai pekerja asing, pihak Jabatan Imigresen Bahagian Sri Aman boleh mendaftarkan pekerja mereka di premis atau lokasi majikan menerusi proses program itu.

Mereka juga menurut beliau dinasihatkan untuk menghubungi Ketua Imigresen Bahagian Sri Aman iaitu Asani bin Ladjani atau Ata’Asyraf bin Sedik di talian 083-322037 atau 083-322381 bagi tujuan itu.

Tamat.

No comments:

Post a Comment