Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

03 August, 2011

Gereja Saint Peter, Saratok anjur perlawanan bola sepak persahabatan



Caption: BERSEMANGAT...Pasukan bola sepak Gereja Saint Peter Saratok dan Saint Luke Sri Aman bergambar kenangan sebelum bermulanya perlawanan itu.

SARATOK, Selasa (2 Ogos) – Hubungan keagamaan antara Gereja Saint Luke Sri Aman dan Gereja Saint Peter Saratok telah dirapatkan dengan Perlawanan Persahabatan Bola Sepak 2011 di padang bola sepak Saratok baru-baru ini.

Perlawanan Persahabatan Bola Sepak anjuran Gereja Saint Peter Saratok itu menyaksikan pasukan tuan rumah membenam pasukan Gereja Saint Luke Sri Aman dengan jaringan gol 1 – 0.

Pasukan Gereja Saint Peter Saratok telah diketuai oleh Father Stephen Ngabong ketika menumpaskan pasukan Gereja Saint Luke Sri Aman yang diketuai oleh Archdeacon Chimbie Bunsi.

Jurucakap penganjur ketika ditemui memberitahu perlawanan persahabatan ini akan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan keagamaan antara kedua-dua gereja terbabit.

“Kesemua pemain yang berentap menerusi kedua-dua pasukan pada perlawanan bola sepak persahabatan terbabit terdiri daripada para Father (paderi) dan PCC (Parism Church Counsil).

“Saya percaya semangat kesukanan yang dipamerkan oleh kedua-dua pasukan terbabit ketika berlangsungnya perlawanan itu akan dapat mewujudkan hubungan perpaduan yang kukuh antara Gereja Saint Peter Saratok dan Gereja Saint Luke Sri Aman,” katanya.

Pihaknya juga berharap agar dapat menganjurkan semula perlawanan persahabatan bola sepak terbabit pada masa akan datang demi memperkukuhkan hubungan antara kedua-dua pihak.

Terdahulu Pertandingan Persahabatan Bola Sepak Gereja Saint Peter Saratok – Gereja Saint Luke Sri Aman ini turut diserikan dengan majlis makan malam pada hari yang sama.

Tamat.

No comments:

Post a Comment