Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

05 August, 2011

Dua kawasan dalam Bukit Begunan akan dibangun menjadi pusat tarikan pengunjung - Mong


Caption: PENERANGAN....Mong (kanan sekali) ketika ditemubual pemberita sebaik selesai melawat kawasan Kubu Alice petang kelmarin.


SRI AMAN, Jumaat (5 Ogos) – Kerajaan bercadang mahu membangunkan dua buah kawasan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Begunan yang berpotensi untuk menjadi pusat tarikan pelancong selepas ini.

Menteri Muda Pelancongan Dan Warisan, Mong Dagang berkata dua buah kawasan terbabit ialah Pusat Perkelahan Gua Tapang Rumput dan Pusat Jelajah Hutan (Jungle Tracking) dari kawasan Sungai Tenggang hingga Kelingkang.

“Bagi Pusat Perkelahan Gua Tapang Rumput, pihak kita telah memohon pihak Majlis Daerah Sri Aman untuk menilai kos anggaran bagi menaiktaraf kemudahan yang terdapat di situ terutama sekali pondok perkelahan, tandas dan sebagainya.

“Manakala itu pihak kini sudah pun mengarahkan penduduk Sungai Tenggang untuk memantau laluan dari kawasan penempatan mereka hingga ke kawasan Kelingkang bagi tujuan penubuhan Jungle Tracking,” katanya.

Beliau yang juga ADUN Bukit Begunan berkata demikian ketika ditemui pemberita sebaik sahaja selesai melakukan lawatan ke kawasan Kubu Alice, Sri Aman petang kelmarin.

Sementara itu kerajaan menerusi Perbadanan Perhutanan Sarawak atau SFC kata Mong akan mengendalikan proses penubuhan Taman Negara Gunung Lesung secara halus dari masa ke semasa.

“Buat masa sekarang pihak kita masih belum melaksanakan kerja persempadanan kawasan Taman Negara Gunung Lesung bagi tujuan penghasilan peta tanah rizab taman yang baru bagi mengantikan peta lamanya sebelum ini.

“Kita yakin peta baru tanah rizab Taman Negara Gunung Lesung ini akan dapat menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) milik penduduk dan penempatan mereka di situ selepas ini,” katanya.

Turut sama dalam sesi lawatan berkenaan ialah Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan Dan Warisan, Datu Ik Pahon Jagik, Pengarah Museum Sarawak, Ipoi Datang, Residen Sri Aman, Jonathan Lugoh, Residen Bahagian Kuching, Abdul Rahman Sebli Sanusi dan pegawai kerajaan yang lain.

Tamat.

No comments:

Post a Comment