Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

05 August, 2011

Driver lori maut dalam kemalangan di Bukit Temudok





Caption: MALANG...Polis sedang membantu membungkus mayat mangsa untuk dihantar ke Hospital Bahagian Sri Aman selepas berlaku kemalangan terbabit.


SRI AMAN, Jumaat (5 Ogos) – Seorang pemandu lori terbunuh apabila kenderaan lori yang dipandu oleh mangsa hilang kawalan lalu merempuh sebatang pokok dan seterusnya penghadang besi di kawasan Bukit Temudok, Sri Aman pada jam 11 pagi hari ini.

Sumber dari tempat kejadian memberitahu mangsa iaitu Siphie bin Jenal yang berasal dari Roban, Betong itu telah bertugas menghantar muatan barang ke kawasan Engkilili pada awal pagi hari ini.

Sebaik sahaja selesai melakukan tugasnya, mangsa yang berusia 42 tahun berkenaan kemudiannya memandu lorinya pulang semula dari arah Engkilili menuju ke Bandar Sri Aman.

“Ketika sampai di kawasan Bukit Temudok, kenderaan lori yang dipandu oleh mangsa dipercayai hilang kawalan dan seterusnya terbabas ke sisi jalan lalu merempuh pokok dan penghadang besi yang terdapat di situ,” katanya.

Mangsa kata sumber mati serta-merta dipercayai berpunca daripada kecederaan dalam tubuh yang serius akibat kejadian kemalangan berkenaan.

Mayat mangsa kemudiannya dikeluarkan dari dalam kenderaan lori tersebut sebelum ia dihantar ke Hospital Bahagian Sri Aman bagi tujuan bedah siasat.

Tamat.

No comments:

Post a Comment