Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

03 August, 2011

Bazaar Ramadhan Simunjan juga meriah


Caption: MARI BELI...Pengunjung sedang sibuk membeli juadah makanan ketika berlangsung aktiviti Bazaar Ramadhan di Padang Central Simunjan kelmarin.

SIMUNJAN, Selasa (2 Ogos) - Padang Sentral di Pekan Simunjan sekali lagi menjadi tumpuan penduduk apabila berlangsungnya aktiviti Bazaar Ramadhan bersempena dengan hari pertama Bulan Ramadhan kelmarin.

Hasil usaha pihak Majlis Daerah Simunjan (MDS), orang ramai nyata tidak melepaskan peluang untuk berkunjung ke Padang Central Simunjan ini seperti mana penganjuran Bazaar Ramadhan di lain-lain daerah dalam negeri ini.

Setiausaha MDS, Hajah Norhalimah Hajah Hamni, ketika dihubungi memberitahu pihak MDS telah menyediakan 32 buah gerai yang menjual bermacam-macam juadah berbuka puasa bagi sambutan Bulan Ramadhan kali ini/

“Sambutan daripada para peniaga yang ingin menjual pelbagai aneka juadah nyata sangat menggalakkan bagi penganjuran Bazaar Ramadhan di Padang Central, Simunjan untuk tahun ini,” menurut beliau.

Terdahulu seorang pengunjung iaitu Mastuyah Embong, 38, berkata sambutan oleh orang ramai terhadap Bazaar Ramadan kali ini sangat meriah berbanding dengan tahun yang sebelumnya.

Beliau berpendapat bahawa kemeriahan sambutan aktiviti Bazaar Ramadhan di Padang Central, Simunjan kali ini berkemungkinan disebabkan oleh jumlah peniaga yang semakin bertembah.

Manakala itu Buseral Hussein, 59, pula berkata bahawa peluang berniaga di Bazaar Ramadhan Simunjan kali ini seharusnya diambil oleh para peniaga untuk menambah pendapatan.

“Lagipun para pengunjung yang datang kebanyakkannya terdiri daripada pelbagai kaum dan usia yang mahu ke sini untuk membeli pelbagai makanan yang jarang didapati pada hari biasa,” menurut beliau.

Pendapat beliau disokong oleh seorang pengunjung berbangsa Cina yang hanya mahu dikenali sebagai Amoy, 45, yang selalu membeli juadah di bazaar tersebut setiap kali menjelang bulan Ramadan disebabkan menggemari masakan kaum Melayu.

Tamat.

No comments:

Post a Comment