Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

05 August, 2011

Anak-anak adalah permata berharga - Rayong


Caption: PENGHARGAAN...Deri (kiri) menyampaikan cenderamata kepada Rayong (kanan) sambil disaksikan oleh Chin (kiri sekali) pada majlis berkenaan.

ENGKILILI, Jumaat (5 Ogos) - Anak-anak adalah ‘tulang belakang’ kepada proses pembangunan negara pada masa akan datang tegas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr Johnical Rayong Ngipa.

Beliau berkata anak-anak pada hari harus dianggap sebagai ‘permata berharga’ yang perlu ‘digilap’ pada peringkat usia awal mereka terutama sekali ketika mereka masih menuntut di bangku sekolah.

“Anak-anak perlu digilap untuk menjadi modal insan berkualiti di masa akan datang memandangkan negara khasnya negeri kita Sarawak amat memerlukan tenaga kerja profesional sekiranya mahu mencapai status negeri maju selepas ini.

“Justeru saya meminta ibubapa bersikap lebih proaktif dalam mendidik anak-anak ketika berada di rumah mulai sekarang,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Merarau Sekolah Kebangsaan (SK) Tabut, Lubok Antu baru-baru ini.

Selain itu Rayong juga meminta ibubapa dan para guru sekolah untuk terus bekerjasama bagi mempertingkatkan kecemerlangan akademik anak-anak demi kebaikan masa depan hidup mereka.

Menerusi PIBG, para ibubapa dan guru boleh duduk berbincang bersama untuk mencari langkah serta jalan penyelesaian bagi membolehkan anak-anak menguasai akademik dengan lebih baik.

“Pendidikan merupakan elemen yang amat penting untuk maju dalam hidup. Maka atas sebab ini tanggungjawab mendidik anak-anak perlu dipikul oleh pihak ibubapa dan bukan hanya terletak pada bahu pihak guru semata-mata,” katanya.

Terdahulu Rayong menerusi majlis itu telah mengumumkan Peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bernilai RM5,000 kepada Tabung PIBG SK Tabut juga daripada Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau Badak pada nilai yang sama.

Turut hadir adalah pemangku Guru Besar SK Tabut, Chin Ahsai, wakil Pegawai Pelajaran Daerah Lubok Antu, Jim Andrew, Yang Dipertua PIBG SK Tabut, Deri Rangga dan bekas Guru Besar SK Tabut, Mong Ramba.

Tamat.

No comments:

Post a Comment