Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

23 August, 2011

419 keluarga dari kawasan Plasok terima bantuan khas


Caption: TERIMALAH....Dr Rayong (kanan) menyerahkan cek bantuan membaiki rumah kepada penerima dalam majlis itu. Turut kelihatan ialah Nyalau (dua kanan) dan Jack (tiga kanan).


ENGKILILI, Isnin (22 Ogos) – Sejumlah 419 buah keluarga dari 18 buah rumah panjang sekitar kawasan Plasok, Engkilili menerima bantuan khas kerajaan yang mencatatkan nilai keseluruhan berjumlah RM209,500 baru- baru ini.

Denagn sebuah keluarga menerima wang bernilai RM500, kesemua cek bantuan khas ini telah disampaikan oleh Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau Badak dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr Johnnical Rayong Ngipa.

Rayong ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Balai Raya Skim Skrang, Engkilili bersempena dengan penyerahan cek terbabit memberitahu bantuan terbabit adalah merupakan janji kerajaan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya lalu.

“Saya berharap agar bantuan ini diguna oleh para penerima untuk membeli bahan-bahan binaan rumah atau untuk kegunaan lain selagi ia memberi faedah bagi menaiktaraf hidup penduduk itu sendiri,” katanya.

Selain itu kestabilan politik serta perpaduan penduduk kata beliau adalah merupakan asas kunci kejayaan utama kepada segala projek pembangunan yang berlangsung di dalam negeri ini.

Dua perkara itu menurut Rayong adalah amat penting untuk membolehkan kerajaan melaksanakan pelbagai projek pembangunan kepada penduduk sama ada di kawasan dalam dan luar bandar negeri ini.

“Justeru saya meminta semua penduduk tanpa mengira latar belakang kaum dan agama saling bekerjasama untuk memastikan segala agenda pembangunan kerajaan disalurkan secara berterusan di DUN Engkilili selepas ini,” katanya.

Hadir sama pada majlis itu ialah Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau Badak, Pegawai Dearah Lubok Antu, Jack Aman Luat, kakitangan kerajaan dan ketua kaum dari sekitar Engkilili.

Beliau pada majlis itu telah memperuntuk sejumlah RM300 sekeluarga manakala Nyalau pula berjumlah RM1000 (sekeluarga) kepada 36 buah keluarga dari rumah panjang Mani, Pelasok bagi membantu penghuni rumah panjang itu mendirikan rumah baru setelah rumah mereka terbakar pada tahun 2008 lepas.

Tamat….

No comments:

Post a Comment