Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

24 July, 2011

Yeazer juara Bola Tampar Wanita MAKSAK Betong 2011



Caption: KAMI JUARA...Pasukan Yeazer bergambar kenangan setelah memenangi kategori wanita bagi kejohanan itu.

- Adiey Safarman

Pasukan Yeazer (SARATOK) muncul sebagai juara Kejohanan Bola Tampar Wanita Majlis Kebajikan Sukan Anggota Kerajaan (MAKSAK) Bahagian Betong yang telah berlangsung di Padang Bola Tampat Maktab Rendah Sains Mara(MRSM) Betong baru-baru ini.

Perlawanan akhir kejohanan bola tampar terbabit telah menyaksikan pasukan Yeazer menumpaskan pasukan PERKEP (Persatuan Keluarga Polis) IPD Saratok dengan kemenangan set 3-0.

Selaku juara Kejohanan Bola Tampar Wanita MAKSAK Bahagian Betong, pasukan Yeazer telah berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM450, trofi kejuaraan dan pingat.

Manakala itu pasukan PERKEP IPD Saratok selaku naib juara Kejohanan Bola Tampar Wanita MAKSAK Bahagian Betong ini telah membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM300, piala dan pingat.

Terdahulu sebanyak 14 pasukan telah menyertai pertandingan ini bagi kategori Wanita antaranya ialah IADA, MRSM, Welfare K’Sure, Koroyon Poh Kan, Landas A, Landas B, Landas C, SMK Spaoh , PERKEP IPD Saratok dan Yeazer.

Residen Bahagian Betong iaitu Datu Romie Sigan anak Daniel telah hadir untuk menyempurnakan majlis penyampaian hadiah kepada pasukan pemenang perlawanan akhir tersebut.

Tamat

No comments:

Post a Comment