Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

15 July, 2011

TYT sembahyang solat Jumaat di Masjid Darul Hijrah, Simunjan



Caption: TERIMALAH...Tun Salahuddin menyampaikan sejadah kepada Khalik (kiri) sambil disaksikan oleh tetamu khas yang lain pada majlis itu.

SIMUNJAN, Sabtu (16 Julai) – Tuan Yang Terutama Negeri, Tun Datuk Patinggi Abang Haji Mohammad Salahudin telah meluangkan masa untuk solat Jumaat bersama kira-kira 600 orang jemaah di Masjid Darul Hijrah, Simunjan baru-baru ini.

Rombongan kehormat ini telah diringi oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sadong, Aidil Lariwoo, YDP Majlis Agama Islam Sarawak, Datuk Haji Putit Matzen dan Pengarah Jabatan Islam Sarawak, Abang Shamsudin Abang Seruji.

Kehadiran Salahuddin disambut oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Masjid Darul Hijrah, Khalik Marzuki, Timbalan Pengerusi, Lembaga Amanah Kebajikan Islam, Sarawak (LAKIS), Simunjan, Len Hj Solhi, ahli jawatankuasa Masjid Darul Hijrah, para pegawai kerajaan, para ketua kaum dan para jemaah.

Khalik ketika dihubungi meluahkan rasa terharu di atas kesudian Yang Dipertua Negeri kerana dapat meluangkan masa bersama penduduk Simunjan untuk bersolat Jumaat di masjid itu.

Beliau berkata ia merupakan julungkalinya buat Salahuddin untuk bersama rakyat bersembahyang di situ semenjak Masjid Darul Hijrah dibina di Simunjan pada empat tahun lalu.

Sementara itu, Solhi berkata kesempatan Yang Dipertua Negeri untuk bersolat Jumaat bersama para jemaah di masjid berkenaan adalah merupakan satu penghormatan kepada penduduk di Simunjan.

“Kehadiran Salahuddin ke Masjid Darul Hijrah secara tidak langsung juga memberi peluang kepada para penduduk di kawasan Simunjan untuk bertemu serta mengenali beliau dengan lebih dekat,” katanya.

Terdahulu Yang Dipertua Negeri telah berkesempatan untuk menyumbang beberapa gulung sejadah kepada pihak Jawatankuasa Pengurusan Masjid Daruk Hijrah sebaik sahaja tamat solat.

Salahuddin bersama rombongan sempat menghadiri jamuan makan tengah hari bersama para ahli jawatankuasa masjid, ketua kaum dan tetamu lain di Rumah Rehat, Kerajaan. Pejabat Daerah, Simunjan sebelum berangkat pulang.

Tamat.

No comments:

Post a Comment