Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

24 July, 2011

Teknologi pendidikan zaman sekarang dan kini jauh berbeza - Masir




Caption:

1. RASMI...Masir memalu gong sambil disaksikan oleh (dari kiri) Robert, Ibrahim, Jamit dan tetamu khas yang lain ketika berlangsung simbolik perasmian majlis itu.

2. MINAT...Masir (tengah) sedang meninjau salah sebuah gerai jualan makanan sambil diiringi (dari kiri) Ibrahim, Jamit dan Robert pada majlis itu.


SRI AMAN, Sabtu (23 Julai) – Kemudahan pendidikan dan kualiti para guru pada era tahun 1970-an dahulu ternyata amat berbeza jika dibandingkan dengan masa sekarang demikian menurut Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat.

Katanya perbezaan dalam dunia pendidikan negara masa kini terbabit tampak ketara menerusi kemunculan teknologi canggih dan peningkatan kualiti berbanding dengan zaman dahulu.

“Misalannya dulu (era 70-an) kita langsung tidak pernah pun mendengar mengenai komputer riba. Namun sekarang komputer riba sudah biasa didengar oleh semua murid generasi baru dengan alat terbabit menjadi satu kemestian dalam hidup mereka.

“Justeru kemunculan teknologi canggih seperti itu secara tidak langsung menuntut ibubapa dan guru untuk lebih kerap memberikan ilmu pengetahuan yang terkini kepada murid-murid selepas ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Hari Permuafakatan dan Hari Terbuka Persatuan Ibubapa Dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Aman bertempat di Dewan Hollis Tini, sekolah berkenaan hari ini.

Selain itu itu Masir turut mengingatkan ibubapa agar tidak menjual komputer riba yang diberikan secara percuma oleh kerajaan kepada anak masing-masing disamping memantau golongan tersebut agar tidak menyalahgunakan alat itu dari masa ke semasa.

“Justeru saya berharap agar ibubapa dan guru memainkan peranan lebih penting dan proaktif untuk memantau disiplin anak-anak ketika mereka di rumah atau pun di sekolah selepas ini,” katanya.

Beliau menerusi majlis itu telah mengumumkan peruntukan bernilai RM5,000 kepada Kelab Kebudayaan SMK Sri Aman bagi tahun ini dan RM5,000 lagi kepada PIBG SMK Sri Aman bagi tahun hadapan.

Hadir sama ialah Pegawai Pelajaran Daerah (PPD) Sri Aman, Jamit Ajok, Pengetua SMK Sri Aman, Haji Ibrahim Jemain, Yang Dipertua PIBG SMK Sri Aman, Robert Nuli, para guru dan ibubapa murid SMK Sri Aman.

Tamat.

No comments:

Post a Comment