Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

15 July, 2011

Team Petanque Saratok wakil Sarawak ke peringkat antarabangsa




Caption:

1.SEMOGA BERJAYA...(Duduk dari kiri) Kamaluddin, Abang Urainuddin, Musa Hussein (berdiri dari kiri), Mirwan dan Shamsuddin telah mewakili Sarawak ke kejohanan petanque di Brunei hari ini (17 Julai).

2. GALAS CABARAN... (Dari Kiri) Kamaluddin, Urainuddin dan Musa mengalas cabaran Sarawak ke kejohanan petanque di Selangor.

Adiey Safarman

- 16 Julai

Persatuan Petanque Saratok nyata mengharumkan nama Sarawak apabila mewakili negeri ini ke Pertandingan 2nd Borneo Inter Club Petanque Championship di Brunei Darussalam dan Kejohanan Petanque anjuran Angkata Peringkat Kebangsaan 2011 di Selangor pada 16 dan 17 Julai.

Pengerusi Persatuan Petanque Daerah Saratok, Abang Shamsuddin Abang Ahmad berkata untuk penyertaan di Selangor mereka telah menghantar satu pasukan untuk mewakili Koperasi Rayyan Saratok Berhad.

Pasukan Koperasi Rayyan Saratok Berhad terbabit jelas beliau terdiri daripada tiga orang pemain iaitu Musa Hussein, Abang Kamalluddin Abang Ahmad dan Abang Urainuddin Abang Ahamad.

“Sebagai anak jati Saratok, kami berasa amat bangga kerana dapat mewakili Sarawak Bumi Kenyalang ke Kejohanan Petanque Anjuran Angkasa Peringkat Kebangsaan 2011 di Negeri Selangor,” katanya ketika ditemubual sebelum ini.

Menurut beliau pasukan Petanque Saratok berjaya mewakili Sarawak setelah dinobatkan sebagai juara keseluruhan Pertandingan Petanque Anjuran Petronas di Telaga 3, Kuching pada bulan 5 dan 6 Mac.

“Lagipun mereka telah mengharumkan nama Saratok. Sudah pastinya kami mendoakan kejayaan mereka walaupun kita sudah tahu semua pasukan yang bersaing kelak ternyata hebat belaka,”katanya.

Beliau turut menambah bahawa pengalaman menjadi juara pada kejohanan di Kuching sebelim ini mendorong pasukan mereka untuk menjadi empat pasukan terbaik dalam kejohanan berkenaan.

Selain itu Shamsuddin juga turut mengumumkan sebuah lagi pasukan Petanque Saratok yang berentap dalam kategori Double Lelaki dan Perempuan serta acara Shooting dalam Kejohanan 2nd Borneo Inter Club Petanque Championship anjuran Persekutuan Petanque Brunei Darussalam dengan kerjasama Jabatan Belia Dan Sukan itu.

Persatuan Petanque Saratok katanya telah menghantar dua orang ahli mereka ke kejohanan terbabit iaitu Mirwan Juni dan Abang Shamsuddin Abang Ahmad sebagai persediaan untuk memantapkan lagi pasukan Petanque PSKPP Bahagian Betong ke Kejohanan PSKPP peringkat Negeri Sarawak di Sarikei akhir bulan Julai nanti.

“Justeru persatuan kami berhasrat menganjurkan sukan petanque di Saratok pada masa akan datang bagi menarik kehadiran peserta ke kawasan itu demi memperkembangkan sukan terbabit di Saratok selepas ini,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment