Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

22 July, 2011

Tabung Baitulmal Sarawak Sri Aman bantu mangsa kebakaran Kampung Masjid, Betong


Caption: PRIHATIN...Shamsul (kanan) menyampaikan bantuan kepada Halimah (kiri) sambil disaksikan oleh pihak yang lain ketika berlangsung majlis ringkas itu.


BETONG, Khamis (21 Julai) – Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) cawangan Sri Aman tampil menghulurkan bantuan kepada mangsa kebakaran dari Kampung Masjid Betong baru-baru ini.

Terdahulu Halimah Alif bersama tiga orang anak dan tiga orang cucunya tinggal sehelai sepinggang apabila rumah kayu dua tingkat yang didiami oleh mereka musnah dijilat api menerusi kejadian kebakaran yang berlaku pada hari Jumaat lepas.

TBS cawangan Sri Aman menerusi pengurus cawangannya iaitu Shamsul Bahri Manap telah menghulurkan bantuan berbentuk barangan keperluan asasi dan wang ringgit bagi meringankan beban pasca musibbah.

“Justeru saya menasihatkan kepada pihak yang terbabit dalam mana-mana kemalangan agar sentiasa bersabar memandangkan setiap perkara yang berlaku pasti mengundang hikmah yang lebih baik,” katanya.

Turut sama tampil menghulurkan bantuan kepada keluarga mangsa ialah pihak BATAS (Badan Amal Tarbiah Sejagat Ranting Sri Aman) melalui wakilnya iaitu Hendric bin Junan.

Dalam masa yang sama TBS dan BATAS turut menyeru badan NGO dan individu yang prihatin agar berganding bahu dalam menangani permasalahan masyarakat demi kebaikan bersama selepas ini.

Sementara itu pula Penghulu Kampung Melayu Betong, Haji Abang Zawawi Abang Rajit merakamkan setinggi penghargaan di atas keprihatinan yang diberikan oleh pihak TBS serta BATAS dan mohon agar lebih ramai pihak untuk tampil menghulurkan bantuan selepas ini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment