Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

09 July, 2011

Surau An-Najjah IPD Betong anjur Majlis Isra Mikraj 2011


Caption: PENGHARGAAN... Jumazanzahir (kanan) menyampaikan cenderamata kepada Zulhasmi (kiri) sebaik sahaja tamat majlis berkenaan.

Kopral Abang Daud Abang Julhi

BETONG, Sabtu (9 Julai) – Surau An-Najah dari Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Betong telah menganjurkan Majlis Isra Dan Mikraj 2011 bertempat di surau berkenaan baru-baru ini.

Jurucakap penganjur ketika ditemui berkata Majlis Isra Dan Mikraj 2011 ini bertujuan untuk memperingati peristiwa perjalanan Nabi Muhammad S.A.W dari Masjidil Haram menuju Masjidil Aqsa, kemudian ke Sidratul Muntaha.

“Peristiwa yang diabadikan di dalam al-Quran ini merupakan satu proses pengukuhan dan penyucian kerohanian Rasulullah pada masa lalu yang sekali gus memberi makna besar untuk dihayati oleh umat baginda pada masa kini,” katanya.

Menerusi peristiwa terbabit katanya, Allah SWT telah mencipta perjalanan Rasulullah SAW untuk melihat sebahagian dari tanda-tanda kebesaran-Nya iaitu mulai dari proses penciptaan alam semesta hingga ditetapkannya perintah solat hanya dalam satu malam.

Berjuta misteri dan keajaiban katanya menyelubungi perjalanan suci yang dilakukan dengan jasad dan roh Rasullullah SAW dalam keadaan jaga itu (bukan mimpi) sehuingga ia memiliki makna yang sangat khusus, terutama bagi diri Rasulullah.


Ia berlaku kerana Allah hendak menunjukkan kepada Muhammad tentang tanda-tanda kekuasaan-Nya, seperti yang disebut dalam al-Quran: Agar Kami tunjukkan kepadanya sebahagian tanda-tanda kekuasaan Kami (Surah Al-Isra ayat 1),” menurut beliau.

Terdahulu ceramah yang disampaikan menerusi majlis tahunan Surau IPD Betong itu telah dikendalikan oleh penceramah jemputan dari Tabung Baitulmal Sarawak cawangan Sri Aman iaitu Ustaz Zulhasmi Bolhi.

Hadir sama untuk mendengar ceramah menerusi majlis itu ialah Ketua Polis Daerah Betong, DSP Mohd Bukhori Saffai, Pengerusi Surau An-Najah IPD Betong, Inspektor Jumazanzahir Che Ismail dan para anggota IPD Betong yang lain.

Tamat.

No comments:

Post a Comment