Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

05 July, 2011

skuad regu Saratok 2 champion Kejohanan Liga Sukan Sepak Takraw Saratok 2011





Caption:

1. UNTUK ALBUM...Wahab (belakang tengah) bergambar kenangan bersama skuad regu Saratok 2 dan TD Team sebelum bermulanya perlawanan akhir kelmarin.

2. RASMI...Wahab melakukan sepak mula bola takraw sebelum bermulanya perlawanan akhir terbabit.

3. TAHNIAH...Wahab (kanan) menyampaikan hadiah kepada pasukan juara iaitu Saratok 2 sebaik sahaja perlawanan tersebut berakhir.

Adiey Safarman 4 Julai

SKUAD Regu Saratok 2 telah dinobatkan sebagai juara Kejohanan Liga Sukan Sepak Takraw Saratok 2011 setelah berjaya menundukkan saingan skuad Regu TD Team dalam perlawanan final yang cukup sengit di gelanggang sepak takraw LAKIS, Saratok, kelmarin.

Skuad tuan rumah yang dibarisi oleh Umar Mohd Nor (killer – apit kanan), Faizal Wahid (penimang bola - apit kiri) dan Ramzi Fitri (tekong) muncul juara setelah memenangi tiga set perlawanan termasuk 17 -15 dan 15 – 12.

Walaupun tewas, skuad regu lawan yang terdiri daripada Rasul Daud (apit kanan), Juni Nuri (apit kiri) dan Ali Buang (tekong) telah cuba memberikan saingan sengit pada set kedua bagi menewaskan skuad tuan rumah namun gagal.

Dengan kemenangan itu maka skuad tuan rumah telah membawa pulang hadiah berupa wang tunai bernilai RM500 beserta dengan piala kejuaraan manakala pasukan naib juara iaitu TD Team pula membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM300 dan piala.

Manakala itu skuad Regu Vol – Vari telah menewaskan skuad Regu Libas dengan kemenangan set 5 – 3 untuk merampas kedudukan tempat ketiga dalam Kejohanan Liga Sukan Sepak Takraw Saratok 2011 ini.

Skuad Regu Vol – Vari membawa pulang piala iringan dan hadiah wang tunai bernilai RM200 manakala skuad regu Libas pula menerima hadiah berupa wang tunai bernilai RM100 bagi pemenang tempat ke-4.

Hadiah kepada pasukan pemenang disampaikan oleh Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar dan Menteri Muda Perumahan, Haji Abdul Wahab Aziz merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kalaka.

Terdahulu Kejohanan Liga Sukan Sepak Takraw Saratok 2011 anjuran Kelab Sepak Takraw Saratok dengan kerjasama Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Betong ini telah disertai sejumlah 28 buah pasukan beregu bermula 18 Jun lepas menerusi sistem liga berkumpulan.

Tamat.

No comments:

Post a Comment