Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

13 July, 2011

Siri Jelajah Kembara Exora sempena Hari Pengguna masuk Sri Aman



Caption: TERIMA KASIH...Pegawai PPDNKK Sri Aman, Maruni Langga (kiri) menyampaikan cenderamata kepada Store Head Everise Sri Aman, Annie Tay (kanan) sambil disaksikan oleh kakitangan PDNKK pada program itu.

SRI AMAN, Rabu (13 Julai) – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah melancarkan Program Kembara Exora bertempat di beberapa buah lokasi dalam Bandar Sri Aman.

Program yang dilancar bersempena dengan Bulan Pengguna Peringkat Negeri 2011 itu telah membabitkan seramai tujuh orang pegawai dari Pejabat PDNKK cawangan Sri Aman bermula dari sekitar 1.30 petang hingga 4 petang hari ini.

Jurucakap Pejabat PDNKK Sri Aman ketika ditemui memberitahu pihaknya telah pun melancarkan program terbabit di Betong, Lubok Antu, Engkilili dan Batu Lintang pada 12 Julai lepas sebelum ia berlangsung di sini (Sri Aman) hari ini.

“Program Kembara Exora sebenarnya telah bermula di Miri semenjak 1 Julai lalu. Menerusi program ini pihak kami telah mengedarkan risalah pengguna dan membuat kaunter bergerak untuk aduan pengguna disamping menyampaikan cenderahati kepada penduduk.

“Sambutan penduduk terhadap program ini nyata amat memberangsangkan ketika kami melancarkan di kawasan stesen minyak, Pasaraya Lian Yii, Pasaraya Everise dan beberapa buah lokasi dalam Bandar Sri Aman,” katanya.

Program Kembara Exora katanya akan diteruskan di kawasan Lachau, Pantu dan Sungai Tenggang pada 14 Julai sebelum konvoi Kembara Exora ini bergerak ke Kuching bagi tujuan majlis pelancaran Hari Pengguna di Kuching pada 16 Julai kelak.

Justeru beliau berharap agar kesedaran mengenail hal ehwal kepenggunaan dapat diperingkatkan lagi dikalangan penduduk dalam Bandar Sri Aman ini pada masa akan datang.

“Majlis Pelancaran Hari Pengguna Peringkat Negeri yang akan berlangsung di Boulevard, Kuching ini akan dirasmikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan, Dato Sri Ismail Sabri bin Yaakob,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment