Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

15 July, 2011

Saya ditakdirkan untuk berpolitik - Razi


Caption: PENGHARGAAN...Samsudin (kanan) menyampaikan cenderamata kepada Razi (kiri) ketika berlangsungnya majlis itu.

Saleman Otogawa Yamamuicie

BETONG, Sabtu (16 Julai) – “Kehadiran saya dalam politik mungkin telah ditakdirkan walaupun sebelum ini pernah bertugas sebagai seorang guru,” demikian kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas, Ricky @ Mohd Razi bin Sitam.

Menurut beliau politik jelas dimainkan oleh para guru yang mempunyai keistimewaan mereka sendiri dalam mendekatkan diri dengan rakyat di sekeliling mereka dari masa ke semasa.

Rakyat kata Razi menilai keistimewaan tersebut apabila melihat kejayaan yang dicapai oleh komuniti mereka telah dimulakan oleh para guru walaupun kebanyakan pemimpin masa dulu terdiri daripada golongan berkenaan.


”Atas sebab ini saya menjadikan punca ini untuk berusaha membangunkan rakyat dalam DUN Saribas kerana sumbangan guru membolehkan rakyat membangun seiring dengan kehendak dan keperluan semasa.

“Ia juga mendorong saya untuk terus menjadikan pendidikan sebagai keutamaan dalam perancangan pembangunan di DUN Saribas selepas ini demi mempertingkatkan mutu pendidikan pelajar,” katanya ketika berucap pada Majlis Jasamu Dikenang di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Betong baru-baru ini.

Beliau yang juga bekas Ketua Unit Pengurusan Akademik PPD Betong sebelum ini berkata akan sentiasa memantau semua sekolah yang berada di bawah konstituensi beliau dan berazam untuk meningkatkan prestasi sekolah dari semasa ke semasa.

Terdahulu acara turut diserikan dengan majlis perpisahan Razi dari PPD Betong yang telah berkecimpung dalam bidang politik dengan menjadi wakil rakyat DUN Saribas semenjak pilihan raya lepas.

Turut diraikan ialah perpindahan Penolong Penyelia Unit Pendidikan Islam, Rabia Andom yang akan menjadi Guru Besar di SK Tanjung Assam Spaoh dan persaraan wajib Penolong Penyelia Sukan, PPD Betong, Mandau Anggan yang telah berkhidmat dalam jabatan kerajaan selama 31 tahun.


Hadir sama bagi memeriahkan suasana sambutan majlis adalah ADUN Beting Maro iaitu Razaili Gapor, Pegawai Pelajaran Daerah Betong, Samsudin bin Drahman dan kakitangan PPD Betong yang lain.

Tamat.

No comments:

Post a Comment