Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

02 July, 2011

Sarawak Press lancar promosi News Sarawak Tribune



Caption: PROMOSI...James (kiri sekali) bersama kakitangan Sarawak Press ketika melancarkan promosi New Sarawak Tribune dan Utusan Sarawak di tapak Pesta Benak Sri Aman hari ini.


SRI AMAN, Sabtu (2 Julai) – Sarawak Press Sendirian Berhad telah melancarkan promosi Akhbar News Sarawak Tribune dan Utusan Sarawak ketika berlangsungnya sambutan Pesta Benak Sri Aman 2011 hari ini.

Pengurus Pemasaran Sarawak Press, James Ngui berkata promosi terbabit bertujuan untuk memperkenalkan kedua-dua akhbar ini dengan meluaskan dikalangan penduduk dalam kawasan Sri Aman.

“Mempertingkatkan kesedaran memandangkan Pesta Benak menjadi tumpuan penduduk yang datang dari kawasan Betong. Jadi ini peluang terbaik untuk kita melancarkan promosi berkenaan,” katanya.

Menerusi promosi ini pihak kita akan menjual kedua-dua akhbar berkenaan terhadap pengunjung Pesta Benak sebelum bakinya diagihkan kepada jabatan-jabatan kerajaan di Sri Aman.

“Promosi New Sarawak Tribune dan Utusan Sarawak hanya berlangsung pada hari ini hingga hari Isnin kelak. Justeru kami berharap agar promosi akan dapat menarik lebih ramai pembaca kedua-dua akhbar berkenaan selepas ini,” katanya.

Terdahulu pihak Sarawak Press telah melancarkan promosi New Sarawak Tribune dan Utusan Sarawak di Bandaraya Miri dan bercadang untuk mengadakan promosi yang lebih kerap selepas ini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment