Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

11 July, 2011

Saint Luke Church Sri Aman anjur Kursus Layreader dan Subdeacon


Caption: UNTUK ALBUM...Chimbie (duduk tengah) bergambar kenangan bersama para peserta dan pengendali kursus ketika berlangsungnya kursus berkenaan.


SRI AMAN, Ahad (10 Julai) – Gereja Saint Luke Sri Aman telah menganjurkan Kursus Layreader dan Subdeacon 2011 bertempat di gereja terbabit bermula dari 8 hingga 10 Julai ini.

Jurucakap penganjur memberitahu Kursus Layreader dan Subdeacon 2011 yang membabitkan seramai 71 orang peserta kursus (termasuk baru dan lama) terbabit telah dikendalikan oleh para paderi yang diketuai oleh Venerable Archdeacon Chimbie Bunsie.

Kursus Layreader dan Subdeacon 2011 yang dikendalikan oleh Chimbie Bunsie ini dibantu oleh Reverend Father Harold Hold, Reverend Father Jackson Jarau, Reverend Father Rodriguez Unak, Reverend Father Philip Mang dan Cate. Edmund Bichin.

“Tujuannya adalah untuk mengemaskini ilmu pengetahuan para Layreader dan Subdeacon tentang langkah mengendalikan upacara sembahyang dan pelbagai perkara yang berkaitan dengan gereja.

“Selain itu Kursus Layreader dan Subdeacon 2011 ini membolehkan kesemua peserta duduk berbincang dan menyelesaikan masalah yang wujud di chapel masing-masing,” katanya.

Terdahulu Kursus Layreader dan Subdeacon 2011 yang berlangsung selama tiga hari ini dijayakan dengan sesi pendaftaran para peserta, pengenalan, sesi perhubungan rohani, pratikal sesi perhubungan rohani, belajar berpantun dan banyak lagi.

Ia bakal diakhiri dengan sesi Mass Saint Luke Hall, sarapan pagi dan sesi Randau Ruai pada hari terakhir Kursus Layreader dan Subdeacon 2011 berkenaan.

Tamat.

No comments:

Post a Comment