Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

11 July, 2011

Rumah panjang tradisional berusia 50 tahun ke atas akan diwarta dalam warisan nasional - Muhyiddin Yassin


BETONG, Isnin (11 Julai) – Rumah panjang yang berusia 50 tahun ke atas akan diwartakan dalam warisan nasional demi mengekalkan identiti rumah panjang terbabit yang secara tradisional oleh penduduk zaman dahulu.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ia bertujuan untuk menyemarakkan lagi semangat sambutan perayaan Gawai yang dianggap berlangsung dengan meriah di rumah panjang selepeas ini.

“Saya menganggap Sarawak sebagai negeri kedua kegemaran saya berbanding semua negeri dalam Malaysia dan berasa amat seronok acapkali ketika tiba untuk melawat ke negeri ini.

“Lagipun perpaduan utuh yang wujud dikalangan penduduk berbilang kaum dalam negeri ini sememangnya tidak syak lagi menunjukkan bahawa konsep 1 Malaysia sememangnya sudah lama wujud di Sarawak,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Rumah Terbuka Malaysia Gawai Dayak 2011 di Rumah Wilson Begat Bakir, Penom Ulu Paku, Betong hari ini.

Selain itu Kerajaan Barisan Nasional (BN) telah mengotakan janji pilihan raya kepada penduduk negeri Sarawak dan ia termasuk kelulusan peruntukan untuk beberapa buah program bagi kawasan Parlimen Betong.

Antara peruntukan yang sudah diluluskan bagi kawasan Parlimen Betong katanya adalah RM4.5 juta untuk tujuan projek akuakuntur Ikan Terubuk, pemberian sejumlah 900 unit komputer 1 Malaysia untuk murid terpilih dan RM350,000 untuk pembinaan gereja baru SIB Betong.

“Justeru saya berharap agar penduduk yang belum menerima peruntukan seumpama ini untuk terus bersabar menantikan projek yang akan diberikan oleh Kerajaan Barisan Nasional kepada mereka selepas ini,” katanya.

Hadir sama ialah Timbalan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Dato Seri Douglas Uggah Embas, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Dato Seri Utama Dr Rais Yatim, para menteri kabinet Kerajaan Persekutuan, menteri kabinet Kerajaan Negeri, Ahli Parlimen, ADUN BN, pegawai kerajaan, ketua kaum dan penduduk di sini.

Majlis Rumah Terbuka Malaysia Gawai Dayak 2011 ini telah diserikan lagi dengan upacara miring, persembahan taboh / sape, persembahan Timang Pemansang Wawasan 2020, Tarian Ajat Ngabang Gawai dan persembahan khas Ratu-Ratu Kumang Gawai Dayak 2011.

Tamat.

No comments:

Post a Comment