Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

04 July, 2011

Rayong : Kakitangan perubatan perlu kemaskini ilmu perubatan masing-masing


Caption: RASMI...Rayong sedang memalu gong sambil disaksikan oleh Tuai Gawai, Buda Ason (kanan) sambil disaksikan oleh tetamu undangan khas yang lain.


SRI AMAN, Ahad (2 Julai) – Kakitangan perubatan dinasihat agar sentiasa mengemaskini ilmu pengetahuan masing-masing dari masa ke semasa demikian menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr Johnnical Rayong anak Ngipa.

Katanya mereka dinasihat untuk berbuat demikian memandangkan bidang perubatan memerlukan pengetahuan yang tinggi untuk menangani segala masalah yang berkaitan dengan penyakit.

“Lagipun kakitangan perubatan dinasihat untuk sentiasa memberi layanan yang terbaik kepada pesakit kerana ia diyakini dapat mengurangkan tekanan terhadap pesakit itu sendiri.

“Jangan mudah melenting ketika melayan pesakit sebaliknya mereka haruslah sentiasa tabah serta bersabar ketika melaksanakan kewajipan masing-masing untuk sepanjang masa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Makan Malam Ngiling Tikai 2011 anjuran Kelab Perubatan Sarawak bertempat di Dewan Suarah Sri Aman malam tadi.

Selain itu Rayong juga menasihatkan kakitangan perubatan untuk sentiasa bekerjasama di antara satu sama yang lain demi mempertingkatkan mutu perkhidmatan masing-masing selepas ini.

“Saya yakin hubungan kerjasama yang erat antara kakitangan perubatan ini akan dapat mempertingkatkan lagi imej jabatan mereka itu sendiri menerusi perkhidmatan yang berkualiti.

“Justeru saya menasihatkan semua kakitangan perubatan terutama sekali dari kawasan Sri Aman untuk mengamalkan perkara ini demi kebaikan jabatan masing-masing di masa akan datang,” katanya.

Terdahulu Rayong menerusi Majlis Makan Malam Ngiling Tikai 2011 ini telah mengumumkan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar bernilai RM3,000 kepada Kelab Perubatan Sarawak.

Tamat.


No comments:

Post a Comment