Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

15 July, 2011

Pupuk kesedaran menjaga alam sekitar di peringkat awal - Masir


Caption: UNTUK KENANGAN...Masir (tengah) bersama (dari kiri sekali) Irwan, Jiram, Ismail dan Tr Noria sebaik sahaja selesai majlis itu.


SRI AMAN, Jumaat (15 Julai) – Kesedaran tentang betapa pentingnya hal ehwal penjagaan alam sekitar di negara ini harus dipupuk dalam diri setiap golongan muda mulai masa sekarang kata Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat.

Justeru kerajaan katanya telah mengambil langkah penting bagi memupuk kesedaran golongan muda mengenai perkara itu dengan Kelab Pencinta Alam Sekitar atau PALS di sekolah rendah mahupun menengah dalam negara ini.

“PALS telah diwujudkan oleh Lembaga Sumber Asli Dan Alam Sekitar (NREB) semenjak tahun 1999 sebagai salah satu usaha untuk mewujudkan kesedaran dalam pemeliharaan alam sekitar dikalangan pelajar.

“Kerajaan yakin bahawa dengan memupuk kesedaran pemuliharaan alam sekitar pada peringkat awal usia penduduk akan dapat menjayakan usaha kita bagi tujuan itu di masa akan datang,” katanya ketika berucap merasmikan Program Rakan Alam Sekitar (RAS) di Rumah Noria Ampat, Entulang Danau, Sri Aman kelmarin.

Selain itu usaha terbabit kata Masir juga turut didokong dengan penubuhan RAS dan Sekolah Lestari oleh NREB untuk pelajar disamping perlaksanaan pelbagai program kesedaran alam sekitar terhadap penduduk kampung dan sektor swasta.

“Pencemaran alam sekitar merupakan isu yang semakin hangat diperkatakan baik dalam perbualan harian penduduk mahupun di dalam media massa seperti televisyen, radio dan suratkhabar.

“Ini membuktikan bahawa kesedaran penduduk mengenai isu alam sekitar kian meningkat pada masa sekarang dan sekaligus menuntut semua pihak untuk lebih serius menangani isu alam sekitar dalam kawasan masing-masing selepas ini,” katanya.

Beliau pada majlis itu juga telah mengumumkan peruntukan di bawah Program RAS 2011 bernilai RM5,000 masing-masing untuk Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saint Luke, SMK Balai Ringin, SJK Chung Hua dan Sekolah Kebangsaan (SK) Melugu di Sri Aman.

Hadir sama ialah Pengarah Jabatan Alam Sekitar Sarawak, Haji Ismail Ithnin, Timbalan Controller Kualiti Alam Sekitar Sarawak, Jiram Sidu, wakil Residen Sri Aman, Mohd Irwan Manggoi, wakil Ketua Polis Daerah Sri Aman, Sarjan Mejar Jeffery Unjie dan 200 orang Ketua Kampung di kawasan Sri Aman.

Tamat.

No comments:

Post a Comment