Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

06 July, 2011

PRS Engkilili buat laporan polis bantah BERSIH 2.0


Caption: BANTAH…Bangkong (kanan) dan Kanda menunjukkan laporan polis yang dibuat oleh mereka berdua di Balai Daerah Kecil Engkilili.

ENGKILILI, Rabu (6 Julai) – Perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) yang dijadualkan berlangsung pada 9 Julai ini ternyata masih mendapat bantahan ramai pihak.

Kelmarin pihak Parti Rakyat Sarawak (PRS) Bahagian Engkilili tampil ke Balai Polis Engkilili untuk membuat laporan berhubung bantahan terhadap perhimpunan haram berkenan.

Laporan polis itu telah dibuat oleh Timbalan Ketua PRS Bahagian Engkilili iaitu Kanselor Bangkong Maweng kira-kira jam 10.30 pagi sambil diiringi oleh Jawatankuasa PRS Bahagian Engkilili, Chaong Meringai dan Tuai Rumah Kanda.

Bangkong ketika ditemui berkata PRS Engkilili telah membantah sekeras-kerasnya perhimpunan haram berkenaan memandangkan ia boleh menggugat ketenteraman negara selepas ini.

“Lagipun perhimpunan berkenaan boleh menimbulkan kekeliruan dikalangan rakyat berbilang kaum di sini yang sekaligus boleh menyebakan ketidakstabilan politik dalam negara ini.

“Justeru kami (PRS Engkilili) memohon pihak penguatkuasa undang-undang untuk mengambil tindakan sewajarnya bagi menghalang BERSIH daripada terus menganjur perhimpunan haram ini,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment