Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

13 July, 2011

PPWS Saratok mahu anjur Kursus Keusahawanan dan Pastri pada September ini



Caption: UNTUK ALBUM...Ahli PPWS sedang bergambar kenangan sebaik sahaja tamat mesyuarat berkenaan.


SARATOK, Selasa (12 Julai) - Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) Daerah Saratok akan menganjurkan Kursus Keusahawanan dan Pastri untuk para ahlinya pada bulan September ini nanti.

Perkara berkenaan diputuskan oleh PPWS menerusi mesyuarat yang berlangsung di Dewan Lembaga Amanah Kebajikan Islam Sarawak (LAKIS) Saratok pada hari Sabtu lepas.

Pengerusi PPWS Daerah Saratok, Saftuyah Johari ketika ditemui berkata kursus berkenaan akan diadakan selama sehari dengan kerjasama pihak Perbadanan Produltiviti Negara (NPC), Sarawak.

Kursus seperti itu katanya bertujuan untuk memberikan peluang kepada semua ahli bagi menimba ilmu disamping membolehkan mereka menceburkan diri dalam bidang keusahawanan di masa akan datang.

“Pihak PPWS Daerah Saratok akan menjemput seramai 50 orang ahli untuk menyertai Kursus Keusahawanan dan Pastri 2011 ini nanti,” katanya ketika ditemui sebaik sahaja tamat kursus berkenaan.

Justeru beliau berharap agar para peserta yang mengambil bahagian dalam Kursus Keusahawanan dan Pastri 2011 ini nanti akan memanfaatkan sebaik boleh ilmu yang mereka peroleh selepas ini.

“Kursus Keusahawanan dan Pastri 2011 ini nanti dijangka dirasmikan oleh Pengerusi PPWS Negeri, Hajah Nancy Haji Shukri, yang juga adalah Ahli Parlimen Batang Sadong,” katanya.

Hadir sama pada mesyuarat tersebut ialah Pengelola PPWS, Kawasan Sri Aman, Jenny Goh, Pengerusi Kawasan, PPWS Sri Aman, Nor Khatijah Abdullah dan Pengerusi Daerah, PPWS Sri Aman, Saidah Saibi.

Tamat.

No comments:

Post a Comment