Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

05 July, 2011

Polis gali semula mayat remaja perempuan di Engkilili


SRI AMAN, Selasa (5 Julai) – Pihak polis telah bertindak mengali semula kubur milik seorang gadis berusia 15 tahun di Tanah Perkuburan Cina, Engkilili sekitar waktu tengahari kelmarin yang telah meninggal dunia pada 4 Jun lepas.

Perkuburan gadis berkenaan digali semula berhubung timbul isu yang mendakwa bahawa gadis itu dirogol dan seterusnya melahirkan bayi pra matang sebelum ia meninggal dunia selepas itu.

“Kita (polis) telah bertindak menggali semula kubur berkenaan setelah menerima kelulusan mahkamah untuk mengambil sampel termasuk tisu kulit mayat gadis berkenaan,” kata Ketua Polis Daerah Lubok Antu, Deputi Supritenden James Johnathan.

Menurut beliau sampel yang diambil telah pun dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia cawangan Kuching untuk tujuan analisis termasuk ujian DNA bagi mengesan bapa kepada bayi yang juga sudah meninggal sebelum itu.

Bagaimanapun pihaknya tidak pasti tarikh keputusan tersebut akan dikeluarkan dan bertindak segera melakukan siasatan bagi mengesan individu yang didakwa merogol gadis terbabit sebaik sahaja keputusan itu diterima.

Terdahulu gadis berkenaan telah meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak setelah dirujuk dari Hospital Bahagian Sri Aman akibat jangkitan kuman setelah melahirkan bayi pra matang dipercayai dalam tempoh seminggu atau dua minggu sebelum itu.

Mayat mangsa kemudiannya disemadikan di Tanah Perkuburan Cina, Engkilili sebelum sanak saudaranya mengesan perkuburan mangsa diceroboh oleh pihak yang tidak dikenali pada 6 Jun lepas.

Pencerobohan terbabit dikesan apabila sanak saudaranya terlihat kaki mangsa terjulur keluar dari tanah perkuburan yang sekaligus menunjukkan bahawa mayat mangsa dikeluarkan dari keranda sebelum dilamun kembali dengan tanah.

Kematiannya menimbulkan tanda tanya berikutan sehingga kini identiti bapa kepada bayi yang dikandungnya tidak diketahui.

Tamat.

No comments:

Post a Comment