Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

13 July, 2011

Penduduk Pasar Betong mohon baiki lampu hiasan


Caption: PERLU DIBAIKI...Gambar menunjukkan bahagian lampu hiasan yang patah hasil tinjauan baru-baru ini.

BETONG, Selasa (12 Julai) - Penduduk di Bandar Betong memohon agar pihak Majlis Daerah Betong (MDB) membaiki segera sebuah lampu hiasan telah mengalami kerosakan sebelum ini.

Tinjauan rambang baru-baru ini mendapati lampu hiasan berkenaan didakwa rosak oleh penduduk apabila satu daripada bahagian lampu berkenaan telah patah dan tergantung hingga sekarang.

“Masalahnya sekarang ini ialah lampu hiasan yang terletak di seberang Tandas Awam, Bandar Betong ini sangat merbahaya kepada orang ramai yang lalu-lalang apatah lagi jika ia dijolok oleh kanak-kanak

“Kita bimbang kanak-kanak akan berhadapan dengan risiko terkena renjatan elektrik sekiranya mereka bertindak menjolok bahagian lampu yang rosak itu dengan benda yang boleh mengalirkan elektrik,” kata seorang penduduk yang enggan namanya disiarkan.

Justeru atas sebab ini beliau berharap agar pihak MDB bertindak segera membaiki kerosakan pada lampu hiasan tersebut kerana ia bukan sahaja berbahaya malah boleh mencacatkan lagi pemandangan di kawasan Bandar Betong

Tamat.

No comments:

Post a Comment