Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

05 July, 2011

Pejabat Residen Betong lakukan persediaan sempena kedatangan TPM ke Ulu Paku, Betong






Caption: CERIA...Para kakitangan jabatan kerajaan Betong kelihatan ceria ketika melakukan kerja gotong-royong di Penom, Ulu Paku, Betong baru-baru ini.

Pix by Jackson Nyelang Thomas

BETONG, Rabu (6 Julai) - Pejabat residen Bahagian Betong telah menganjurkan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan Rumah Wilson Begat, Penom, Ulu Paku, Betong di sini baru-baru ini.

Aktiviti gotong-royong yang diadakan bersempena dengan Majlis Rumah Terbuka Gawai Dayak 2011 di situ pada 11 Julai ini nanti melibatkan penyertaan seramai 50 orang wakil dari jabatan kerajaan di Betong.

Ia termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Betong yang menghantar empat orang wakil bagi menjayakan aktiviti berkenaan antaranya ialah Clement Antas, Fakrurazi, Roystein dan Dap.


”Antara kerja yang dijalankan ketika berlangsungnya aktiviti gotong-royong tersebut ialah membersihkan sekitar kawasan rumah panjang, membaiki jalan menuju ke rumah panjang, menebang pokok dan banyak lagi.

“Ia merupakan antara kerja yang kita laksanakan sepanjang aktiviti ini demi mewujudkan keadaan yang lebih ceria ketika berlangsungnya sambutan Rumah Terbuka Gawai Dayak pada 11 Julai kelak,” kata jurucakap penganjur.


Justeru beliau berharap agar aktiviti gotong – royong itu nanti akan dapat mewujudkan hubungan kerjasama antara semua pihak dalam menjayakan mana-mana program utama selepas ini.

Terdahulu Majlis Rumah Terbuka Gawai Dayak 2011 di Rumah Wilson Begat, Penom, Ulu Paku, Betong yang bakal bermula dari jam 8 pagi hingga 11 pagi pada 11 Julai ini nanti akan dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Haji Muhyiddin Yassin.

Tamat.

No comments:

Post a Comment